Jumaat, 29 Mei 2009

Jawapan teka teki

Kita dh ada yang meneka jawpan ngn betul...tahniah pada guest...
jadi disebabkan guest ni mksd dier tetamu..jadi utk seme tetamu2 yang membaca...ini lah hadiahnyerr...

baca ye..
jawapan teka teki

-Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..

-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman, ” Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami).” (Al-Isra’: 12).

-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa
ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

-Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur’an.

- Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.

-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.

-Tujuh yang tiada lapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s..w.t.
berfirman, “Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu
sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang.” (Al-Mulk: 3).

-Lapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s.w.t. berfirman, ” Dan malaikat- malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung ‘Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka.” (Al-Haqah: 17).

-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu’jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.*

-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s..w.t.
berfirman, “Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat.” (Al-An’am: 160).

-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .

-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu’jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, “Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, “Pukullah batu itu dengan tongkatmu.” Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air.” (Al- Baqarah: 60).

-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.

Khamis, 28 Mei 2009

Teka teki untuk dijawab....

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yg bukan Islam...xtau nk tulih mende doh..jadi bg teka teki pulok kt pembaca ye..
hopefully..leh jawab teka teki ni...jawapan akan diberikan kemudian sekiranya tiada mereka2 yang di sana yang mana telah pun membaca petikan ini tp tak dpt jawab...

err..jawab kt ruangan komen je la ye...

teka teki yg pertama...

Sebutkan satu yang tiada duanya,
dua yang tiada tiganya,
tiga yang tiada empatnya,
empat yang tiada limanya,
lima yang tiada enamnya,
enam yang tiada tujuhnya,
tujuh yang tiada lapannya,
lapan yang tiada sembilannya,
sembilan yang tiada sepuluhnya,
sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh,
sebelas yang tiada dua belasnya,
dua belas yang tiada tiga belasnya,
tiga belas yang tiada empat belasnya.


BARCA vs MU -----> menang 2-0


Kepada seme penyokong MU....
HUAHAHAHAHAHAAKKKEEKEKEKEKEKEIHIHIHI... (ketawa sambil membuat hidung kembang kempis di depan penyokong MU) xmboh cakap byk.. jaringan gol dh pun ditentukan semlm... puas hati penulis gi tgk n mnghilangkan beberp kerat suara di istad semlm.. saje..mengeratkan silaturrahim ngn arab2 kt sana.. lps ni hilangkan suara utk santapan rohani la plak... apa2 pun..BARCELONA MENANG 2-0 hasil jaringan eto'o (bawak pah depan gol tuuuwwww) ngn messi (comel dier heading bola).. MU pun main best gok..tp BARCELONA main lg besssttt......hehehe...


tgk molek2 dlm pic tu... ada pic pemain baru pakai snowcap...hahahaha...

Rabu, 27 Mei 2009

Onion's Story...

Wah wah wah...tajuk tu tulis omputih tu...tp nk citer pasal bawang je...
Baru2 nie..waktu nk kuar gi maner ntoh... terserempak dengan penjual bawang...
jadi penulis pun xmelepaskan peluang lah nak memerangkap bayang2 cahaya (amik gambar la mksdnyerr) penjual bawang tu....Untuk pengetahuan sdara mara dan jg sanak sdara...yg jenis jual gini murah skit nk berbnding yang jual kt kedai...mgkn tolak kos sewa kedai kot..jadi harga bawang dier..LE1 sekilo.. Jadi, beli la skit...dalam 10 kilo.. itu la citer bawang yang nk diceriterrkan di cni...

Isnin, 25 Mei 2009

Exam di Mesir (Damanhur)

Perjalanan dari rumah ke kuliah, jika berjalan kaki mengambil masa lebih kurg 40 minit one way... tp kalau naik teksi dgn kadar tambang LE2 (dulu LE1 je) rasanya xsampai 10 minit.. kalau jalan kaki..kena lalu ikut tepi sawah, lintas landasan keretapi..naik teksi lak..semestinya on the road.. Biasanya sejam sebelum pepriksaan bermula, dh strt bergerak dah gi kuliah..bukan apa..just utk persediaan sebab umah pun bukannya dekat sgt ngn kuliah..ada jgak di kalangan pelajar2 mesia yang menyewa rumah di kawasan berhampiran dengan kuliah tapi penyewaan agak terhad sbb xseme arab ada menyediakan umah sewa..time ni nanti, leh la nampak keramaian pelajar2 kuliah sbbnyerr ramai di kalangan pljar arab yang tinggal luar dari daerah ni akan sampai lebih awal ke sini..

Di sini, penulis xnak citer pnjang sgt la...leh la tgk sendiri suasana dalam dewan peperiksaan kt cni..ni kebetulan ada pic org arab je..biasanya pljar mesia atau lebih dikenali 'wafidin malizi' ditempatkan dalam dewan yang lebih besar...ada rezeki, nanti penulis akan update semula pic berkenaan dgn nie..insyaAllah xjanji tp akan usaha sebaik mgkn cari pic yg sesuai..
Kebiasaannya akan ada 3 hingga 4 orang penjaga peperiksaan yang ditugaskan menjaga suasana sepanjang peperiksaan berlangsung.. Walaupun demikian, diorg yg berstatus penjaga ni lebih mudah berbual2 sesama diorg.. xkisah la kan tp masalahnya diorg ni kadang2 bising sgt2.. sampai pelajar yang sedang amik pekse lak yang tegur agar suasana tak bising.. adalah menjadi kelaziman arab, bila bercakap..suaranya leh dgr smpai ke dewan sebelah..tidak lah semua, tp sebahagian besar la.. Lagi satu, perkara yang senantiasa ada dlm mana2 pekse, pasti ada segelintir manusia menjalankan upacara tiru meniru.

Di sini, hampir kesemua sekali meja, kerusi dan juga dinding menjadi alat penting untuk memastikan maklumat tidak hilang... sehinggakan untuk menulis jawapan pada kertas disediakan, penulis terpaksa menggunakan beberapa paper lain utk dijadikan alas...disbbkan banyaknyerr lubang2 torehan berbentuk tulisan yg wujud di setiap inci permukaan meja.. Di sebelah ini pula, pic diambil setelah selesai peperiksaan yang berlangsung.. biasanya dalam lingkungan 2 jam atau 3 jam bagi satu subjek...bittaufik wannajah..

Mee Indonesia...( Indo Mee )


Baru2 ni penulis sempat memasak mee indonesia..best gak...lain skit drpada mee indon yang biasa penulis wat..sbbnyerr..huhu..leh tgk dlm pic tu la..bukan calang2 mee indon tu...abis jgk la beberp gheneh ( mata wang mesir ) demi memuaskan kenafsuan keperutan penulis kt cni..saje try..bukannyerr slalu..sekali dan juga sekala je..sape2 nk try...amik la pic ni..pastu tatap lama2...kenyang atau xkenyang..tu lain punyerr criter.. kt cni harga sebgkus indo mee LE1.25
lebih kurg dlm 90 sen duit mesia la.. ok lah..jemput mkn ye..jgn malu2..tmbah2..

Jumaat, 22 Mei 2009

Hari ni Hari Jumaat...

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya,
"Sesungguhnya saat yang paling mustajab untuk berdoa itu ketika duduknya imam antara dua khutbah sehinggalah selesai Jumaat."
(H.R Muslim & Abu Daud)

Hari Jumaat...penghulu segala hari, juga hari khusus untuk umat Islam...tetapi di Malaysia, penerapan nilai keagamaan berkenaan hari Jumaat di sebahagian daripada negeri2 tidak lah begitu ketara...sebab dilontarkan perkataan sedemikian rupa kerana tidak dimuliakan hari tersebut..(xcuti la mksdnyerr)..di kawasan2 yang mana tidak diperuntukan cuti di hari Jumaat, boleh dilihat bila abis je solat Jumaat, maka bertebaran lah manusia2 bergegas pergi selesaikan keje masing2...tetapi di tempat2 yang sebaliknya, selepas selesai je solat Jumaat, ada yang mengambil masa untuk merehatkan tubuh di dinding masjid sambil bertemu kenalan serta jiran..dan ada sesetgh drpada masjid yang mempunyai papan kenyataan menampalkan beberapa info terkini berkenaan dgn isu semasa..dan pasti akan ada yang akan membacanya bagi mengetahui info2 terkini, hiburan halal lagi sensasi..

Fuhh...kalau nk citer pasal hari Jumaat ni, abis kering air dlm tubuh xabis lg citer pasal dier..nok ghoyak banyaknyerrr citer2 n keistimewaan hari Jumaat nie..hari di mana gunung2 menjadi debu-debu yang bertebaran..gunung tahan..gunung Kinabalu..everest pun..jadi debu je nanti, cam pasir2 yang bertebaran..xdok doh istilah habuk masuk dlm mata...semuanya yang ada di Bumi akan binasa..inilah sebahagian daripada gambaran2 yang ada dalam Al-Quran yang menceritakan perihal Kiamat...dan hari kiamat akan berlaku pada hari Jumaat..mungkin minggu depan..bersedialah semua..(pesanan utk diri sndiri dan juga pembaca)

LALAT

Salam semua...semoga sihat tanpa khabar yg xsihat...skrg ni dah makin terik skit cuaca di Mesir, panas kat cni lain skit berbanding cuaca panas di Malaysia..panas kt sini lebih kepada 'panas kering' tapi kt mesia 'panas lembap'..jadi bagi sesetgh antara kita, cuaca Mesia membuatkan badan kurg selesa sebab mudah berpeluh..tp kt cni xberpeluh sangat cuma kadang2 leh wat bibir pecah sebab terlampau panas..time musim panas ni jugak lah akan ada lebih banyak jumlah lalat daripada kebiasaan waktu2 yang lain..Di waktu musim sejuk, lalat ni yang penulis perasan lah..banyak diorg duk kumpul rapat2...biasanya kt wayar,kadang2 kat tiang letrik..jarang lah terbang..semenya duk rapat2 je, panaskan badan kot..

Tapi, bila musim panas..lalat-lalat ni aktif sampai ke malam hari..kadang2 time tido pun ada lagi ngacau..kurg selesa lah sbb geng2 lalat ni main hinggap2 atas muka..kt bibir lah..memang kena betul2 bersabar sgt2..itu la Mesir...30% ilmu memang amik khusus dari kuliah, n mgkn 70% lagi tarbiah yang secara langsung diterapkan pada penulis khasnya dan semua penuntut2 kt cni amnya melalui cabaran kehidupan kt cni..Mesir, bukan bumi untuk mereka yang tidak boleh bersabar...lalat yang penulis cerita ni lak hanya lah sekelumit daripada kesabaran2 yang perlu ditempuhi disini..err..kadang2, hilang gak sabar...hehehe..biasalah tu,dh nama umat akhir zaman..

Selasa, 19 Mei 2009

PiG....SomEboDY CaLL iT....... BABI !!!

Asyik-asyik...nama mende ni jugak yang tersohor...bukan kat Mesia je...seluruh dunia mengenali beliau dan keturunan beliau ( kiter panggil dier Bi je la yek..)...kat sini xnak dah citer pasal selsema Bi...hehehe... Oklah...sesuatu perkara yang dijadikan Allah bukan lah perkara yang sia2..begitu juga dengan Bi...Bi nie bolehlah kita samplekan sebagai satu bahan ujian daripada Allah untuk hambaNya...jadi bagi yang menurut perintah, pasti akan maklum dan makruf berkenaan dengan Bi dan status kehukumhakaman dier..

Bi diciptakan special daripada kejenisan Bi sendiri...Bi ni spesis binatang lah...tapi pada diri Bi..ada keistimewaan yang tidak ada pada member2 yang sama kebinatangannya seperti Bi....

Daging Bi punyai kelebihan tersendiri..diiktiraf (sebahagian chef2 kat luar sana) sebagai daging yang paling baik untuk dijadikan steak atau pun nk wat barbeku(BBQ) ..begitu jugak dengan usus Bi..adalah yang terbaik untuk dijadikan sarung sosej disebabkan kekentalan yang ada pada usus Bi..itu sedikit sebanyak sifat dalaman yang ada pada Bi..

Bila dh ada dalaman, xlengkap lah kalau xde luarannya..kulit Bi jika dilihat dekat2..xberapa dekat pun rasanya leh nampak gak..
akan nampak 3 titik yang seakan2 membentuk satu titik...cukup lah sedikit pengenalan khusus untuk Bi..xnak lah banyak2 citer pasal Bi dalam nie..tak berapa nak sanggup...jadi pesanan penulis, berhati2 lah dalam memilih apa yang diguna dan dimakan, dan penulis harap pembaca semua dapat berkongsi info yang tak lah detail sgt nie pada member2 lain,tp better lah dari xtau langsung....ada banyak lagi berkenaan dengan barang2 di Mesia yang dikhuatiri ada unsur2 Bi dalam kandungannya cam jeli Bi, bahan2 dapur Bi dan tak ketinggalan kuaci yang direbus dengan rebusan Bi..Untuk confirmation, leh rujuk JAKIM..atau leh KLIK sini
baru2 ni Barca kalah 2-1...

Sabtu, 16 Mei 2009

SELAMAT HARI GURU 2009







LCD Text Generator at TextSpace.net

Ucapan salam dan sejahtera buat semua guru-guru yang dikasihi, teacher-teacher, cikgu-cikgu, dan juga tenaga pengajar tak kira di mana kalian berada..Tanpa kalian, xmungkin penulis dapat menjejakkan kaki ke sini, jauh dari rumput2 Malaysia...Takdok apa2 yang nak diluahkan di sini melainkan memohon jutaan terima kasih yang tak terhingga pada sesape yang pernah mengajar diri penulis walaupun hanya sepatah kalimah...
SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN HARI GURU
... tiada hadiah yang lebih bermakna buat cikgu melainkan anak2 murid dier berjaya..nak2 yang jenis kuat ponteng, kurg disiplin dan malas wat keje sekolah..hehehe... (salah sorg yg jenis tu ada tgh menulis nih..) tp masih dlm proses nk berjaya...doakan kami,cikgu..

Segala ilmu yang pernah dikongsikan bersama akan penulis manfaatkan ..semoga 'saham akhirat' akan terbina dengan lebih banyak...di sini, Damanhur..penulis bertemu berbagai2 jenis cikgu dalam bidang yang agak baru bagi penulis....

  1. Ustaz Jamal : Guru Bidang Masakan Bandar & Kampung...juga alim dalam bidang ilmu Fekah berkenaan isu semasa cthnya zakat ternakan dan juga zakat petrol..
  2. Ustaz Taba : Guru Bidang Pengajian Al-Quran...mahir dalam bidang tertib susunan ayat dan hafalan...kaedahnya banyak diguna pakai oleh pelajar dalam ym disini.
  3. Ustaz Isey UK : Guru Bidang Penggunaan Kalimah2 Gharib... mahir dalam ilmu nahu dan saraf...berpengalaman luas.
  4. Ustaz Din : Guru Seni Alat Muzik Tradisional & Moden....mahir dalam mengendalikan kompang dan gong...serta alat muzik yang berbunyi (ada ke alat muzik xde bunyi ???)
  5. dan ada ramai lagi yang penulis xdapat senaraikan...



p/s : Hari ni baru pndai letak kaler kat tulisan....

Jumaat, 15 Mei 2009

GUN DOOM !!!....GUN DOOM !!!


A'syarah bi ithnin gheneh wa nus...ni ungkapan arab yang biasa digunakan time berlangsungnyerr akad jual beli..yang bermksd..10 keping LE2.50..apa keping2 tu???..hehe..10 keping roti je..kebetulan skarang ni musim gandum dh tiba..jadi penulis nk ajak org2 kampung kt Mesia khususnya dan seluruh dunia amnya mengenali sdara sepupu yang paling rapat kepada padi..gandum nama dier..Mesir secara penglihatan kasar mata penulis merupakan sebuah negara yang berteraskan kepada pertanian dan pelancongan..dari sektor pertanian, memang leh nampak banyak tanaman2 yang ditanikan di sini..cthnya skrg..leh la nk tgk padang2 keemasan yang terbentang luas..semuanya sebab kekuningan gandum..kat mesia pun ada jgk pemandangan cam nie tp bukan dr gandum...

Gandum2 ni diproses cam lebih kurang padi kot..tapi time nak wat roti tu..diorg bakar dalam satu bekas bulat..cam zaman tradisional gitu...pastu bila dah mengembang...rupa dier waktu time panas2 lagi..cam roti tempayan la kalau kt mesia..tp kalau dh sejuk..jadi kempis skit n liat..pastu kalau tinggal dalam keadaan terdedah dalam 6 jam ke atas..jadi keras..orang arab biasanyerr pagi2 akan jual roti ni..dan roti ni lak makanan asasi diorg..ada yang style jual kt bawah payung..ada yang naik basikal...
dan ada yang naik lori..jadi,jangan malu2..mari2 jemput makan...hari ni penulis belanja makan roti..satu lori lagi nie..rasa dier xla sama cam roti kat mesia..tawar je..tp ni la roti yang terbaik...daripada kefahaman sebuah hadith yang penulis pernah baca..Baginda S.A.W. pernah memaklumkan time makan roti..seeloknya dicubit dengan tangan dan bukan dgn pisau..utk menghormati roti itu tadi...

JUST AROUND THE CORNER......



Pekseee...peperiksaan...exam...ujian...imtihan...test...dugaan..teknik menjawab soalan...hehe..macam2 istilah yang digunakan, semuanya hanya satu matlamat...nak mengecheck kemampuan diri memahami dan mengaplikasi apa yang telah dipelajari selama bernafas atas bumi n bawah langit ni..

lusa 17hb ni...bakal berlangsung sesuatu yang dah ditunggu selama nie...menjawab pekse...paper kali ni berlangsung sampai ke tarikh 21hb Jun (termasuk syafawi) akan ada selang 2 hari satu subjek...jadi kepada pembaca2 blog nie..leh la kalau sudi mendoakan penulis..dibukakan pintu hati untuk menerima pengajaran dan pembelajaran..dapat belajar dalam situasi yang kondusif..serta dapat mengeluarkan fakta time nk pekse nanti...penulis kt cni dilahirkan berdarah gemuruh, jadi kadang2 selalu je jadi blank bila terlalu berdebar2...sape2 yang ada tips..leh kongsi sama ngn penulis..mana tau pendapat pembaca nak mengatasi kegemuruhan tu lebih berjaya daripada yang penulis cuba amalkan sekarang...dan terima kasih juga kepada pihak darussyifa dengan penyediaan beberapa doa yang dapat membantu kita semua..leh klik kt laman ilmu di blog penulis untuk mendapatkan beberapa info berkenaan dengan darussyifa..salam kemaafan di pohon dari penulis buat semua sekiranya ada terkasar bahasa serta tenaga..
baru2 ni Barca menang 4-1...

Isnin, 4 Mei 2009

THE BEGINING.....



Hari ni dh mula rasa panas2 dah cuaca kat area damanhur..kalau kat kaherah..dah rasa seblum ni lagi...damanhur ni bandar yang lbh kecil berbanding kaherah atau tanta...tapi kat cni ada suasana kampung dan jgk suasana bandar..pic sebelah ni pic kt umah penulis sepanjang tinggal di bekas tanah jajahan Firaun ni...atas skit tu..ada kawasan ladang gandum..padi..dan beberapa lagi tumbuhan cam makanan himar(keldai)...gargil(ulam arab)..

Kebiasaan musim panas nie...lebih mudah nak kena batuk2...mungkin disebabkan perubahan cuaca panas kering..kadang-kadang...ada peluang leh dapat pengalaman duduk dalam ribut pasir..dulu pernah sekali, sbb penulis xsempat lari..maka berdebu2 la smpai ke kepala..pakai lak baju kaler hitam, maka debu2 tersebut jelas kelihatan..hehehe... kita yang xde bulu mata cam unta..ala yang cam maskara(betul ke ejaan cmnie??)..xleh lah nk bukak mata time tu..walaupun baju penuh diselaputi pasir2 n debu2 halus..perasaan suka tu tetap ada..dapat alami salah satu daripada kejadian alam yang Allah ciptakan..tapi rasanya cukup la sekali meletakkan diri di tengah2 keributan kepasiran tersebut..yang kali2 yang lain..nak tgk dari jauh je..xpun nak tgk org lain lak yang kena..hahaha...

Menyebut tentang ribut pasir nie..salah satu daripada kejadian sejarah yang berlaku ketika perang Rasulullah S.A.W. bukan pada zaman kita..dan juga perang di Iraq..yang berlaku di zaman kita..semoga langkah kita sentiasa disertai sekali dengan berkat dan juga rahmat daripada Allah s.w.t.

Jumaat, 1 Mei 2009

HARI NIE DALAM SEJARAH...ERR..GI PASAR

penulis kat cni..hari jumaat..biasanya ke pasar ..gi cari lauk..smbil2 tu leh tgk budaya arab kt cni...just nak kgsi2..leh la nk tgk..


sebelum gi pasar..gi sarapan dulu kat mulukhiya..ni kiranya cam kedai roti canai la kalau kt mesia..cuma xde meja kursi je..pastu type makanan dier berbeza terus..semuanya berteraskan roti n sayur shj...


gi pasar banyak kenderaan pengangkutan kt cni..ada yang naik van..naik bas..naik keter cam dlm gambar ni pun ader gak..ni time pagi la..kabus pun xhilang lg..gi pagi2 baru syok..leh dpt brg fresh..


ni la keadaan pasar..lebih kurg je cam pasar tani mesia..tp org laki xde sangat..lebihnya org pompuan..


ni la ahli umoh sewa penulis...penulis yang tengah2 tu..badan yang agak berisi tu..sihat org kata..ada 2 org lg member serumah yang xdok dalam pic nie..


ni antara barang jualan kt sana selain ikan,sayur n barang2 lain..


haa..ni sorg lg mmber yang xdok tu..hok ni kalau perhati betul2..arab ni tak jual basikal..dier jual ikan..


ni pemandangan yang jarang kiter dpt tgk kt mesia..tp kt cni..kebiasaannya cmnie la..selama ni dpt tgk dlm citer2 dokumentari..tp skrg..dh leh tgk depan mata kepala sndiri..memang berat bende2 yang diangkat tu..penulis sndiri xlarat nk letak lama2..cuma dpt bertahan dalam 12 jam gitu2 je..hehehe..


org arab panggil ikan ni mabrukah..kt mesia xtau la plak panggil apa..tp ikan ni sedap wat masak asam pedas ngn gulai tempoyak..kiranya alternatif ikan patin la yang xde jual kt cni..


setelah mengharungi cabaran dan arus dugaan di pasar..penulis dan mmber2 serumah berjaya membeli ikan utk dijadikan stok lauk seminggu..hehehe..doa2 la yang pakai baju biru tu kurus skit..

SAFETY FIRST


Assalamualaikum dan slmt sejahtera pada semua..cm mana permulaan hidup hari nie..
baru2 ni penulis gi ke kaherah...buleh la skit2 tgk keadaan semasa kt bandar ibu kota negara mesir nie...banyak jugak lah perubahan yang berlaku..kalau xsilap...dah 5 bulan lebih2 skit kot xgi ke sana...gambar yang tertera kt atas tu pun contoh kemajuan yang dilihat...satu bentuk evolusi teknologi...kalau sebelum2 ni..amat lah payah nak tgk pemandu teksi mesir pakai tali pinggang keledar nie..tapi skrg ni dh mula ada kesedaran ke arah tu...negara Malaysia kita lagi cun...smpai tali pinggang kt belakang pun dh diwajibkan pemakaiannya...biasala tu..nak slow2 berubah..mesti akan ada yang bagi respon negatif...apa2 pun tidak susah untuk kita beroleh keselamatan dalam beragama..bersedekah lah selagi boleh..sebab dalam sedekah tu..ada banyak keselamatan dan keberkatan yang dijanjikanNya..



Kembali dari ibu kota..

huhu...lama giler xbalik ke kaherah...tp mungkin jiwa ni xsesuai dengan jiwa bandar..nak jenis kampung jugok..apa2 pun...hari ni dh smpai dari kaherah...membawa beberapa pengalaman yang agak menyabarkan penulis...4 jam terkandas dalam kesesakan lalu lintas...nanti tulis smula la...nk gi cari makanan jap..kat molokheya..salam semua..