Jumaat, 3 Disember 2010

Teka teki Imam Ghazali

Assalamualaikum....dah lama dah xupdate..dah naik bersawang doh blog nie..harap2 tulisan ni dapat menghilangkan skit sebanyak sawang2 hok ader...tp nk wat guaner..dh mmg duk dalam sawang(web).


Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul
dengan murid-muridnya lalu beliau
bertanya (Teka Teki ) :

Imam Ghazali = " Apakah yang paling
dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = " Orang tua "
Murid 2 = " Guru "
Murid 3 = " Teman "
Murid 4 = " Kaum kerabat "
Imam Ghazali = " Semua jawapan itu
benar. Tetapi yang paling dekat dengan
kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah
bahawa setiap yang bernyawa pasti akan
mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh
dari kita di dunia ini ?"
Murid 1 = " Negeri Cina "
Murid 2 = " Bulan "
Murid 3 = " Matahari "
Murid 4 = " Bintang-bintang "
Iman Ghazali = " Semua jawaban itu
benar. Tetapi yang paling benar adalah
MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun
kenderaan kita, tetap kita tidak akan
dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh
sebab itu kita harus menjaga hari ini,
hari esok dan hari-hari yang akan
datang dengan perbuatan yang sesuai
dengan ajaran Agama".

Iman Ghazali = " Apa yang paling besar
didunia ini ?"
Murid 1 = " Gunung "
Murid 2 = " Matahari "
Murid 3 = " Bumi "
Imam Ghazali = " Semua jawaban itu
benar, tapi yang besar sekali adalah
HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka
kita harus hati-hati dengan nafsu kita,
jangan sampai nafsu kita membawa ke
neraka."

IMAM GHAZALI" Apa yang paling berat
didunia? "
Murid 1 = " Baja "
Murid 2 = " Besi "
Murid 3 = " Gajah "
Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi
yang paling berat adalah MEMEGANG
AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-
tumbuhan, binatang, gunung, dan
malaikat semua tidak mampu ketika Allah
SWT meminta mereka menjadi khalifah
pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia
dengan sombongnya berebut-rebut
menyanggupi permintaan Allah SWT
sehingga banyak manusia masuk ke neraka
kerana gagal memegang amanah."

Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan
di dunia ini ?"
Murid 1 = " Kapas"
Murid 2 = " Angin "
Murid 3 = " Debu "
Murid 4 = " Daun-daun"
Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu
benar, tapi yang paling ringan sekali
didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT.
Gara-gara pekerjaan kita atau urusan
dunia, kita tinggalkan solat "

Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam
sekali di dunia ini? "
Murid- Murid dengan serentak menjawab
= " Pedang "
Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang
paling tajam sekali didunia ini adalah
LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah,
manusia dengan mudahnya menyakiti hati
dan melukai perasaan saudaranya
sendiri "

"sampaikanlah walau satu ayat"..

Selasa, 21 September 2010

Raya 6 Aidillfitri 2010


Selamat Hari Raya Aidilfitri wat semua....juga xlupa untuk sape2 yg beraya 6.....
tahun nie raya 6 kitorg disambut meriah jgk lah tapi dalam hutan...

dengan beberapa das tembakan mercun yang confirm xmenganggu ketenteraman orang lain...
dan juga beberapa das flare kecemasan bagi menggantikan mercun yang dh abis ditembak....tapi kitorg guna dengan tujuan utk mempastikan flare tu masih elok atau tak..hehehe..(alasan)...sambil2 menghalau kot2 ada binatang2 buas yang dalam laluan camp site kitorg..(alasan lagi)...

setiap yang bertenaga..pasti akan abis tenaganya..begitu jgk dgn nk menulis nie..tenaga dh makin kurg..idea lak makin banyak..tapi letih lebih menguasai diri...tapi sebenarnya bini ajak tgk citer full house...dah beberapa kali tertangguh sbb tv tgk kitorg sblm kitorg abis tgk tv...sbnrnya dh tgk beberapa puluh kali dah..tapi bini xtgk lagi..huhu..sian dier..ape kebende dh ni aku merapu...ok lah..ada rejeki, akan ditulis lagi..ada umur, aku xmati lagi..Assalamualaikum..

haa.. sebelum terlupa..kalau nk tgk pic skit2 lg pasal raya 6 kitorg dlm hutan..
leh gi tgk di sini.....





ABIS DAAAA....

Selasa, 17 Ogos 2010

Suggestion untuk LAT..

Assalamualaikum...ni cadangan untuk mereka design bendera rasmi Lembing Adventure Team dan juga windscreen...sape2 yg leh bagi komen membina pun ok...dialu-alukan..


PELEKAT CERMIN KETE


BENDERA LAT


p/s : klik kat gamboorr kalau nk bg tgk jelas2..
p/s : klik kat gamboorr kalau nk bg tgk jelas2..
p/s : klik kat gamboorr kalau nk bg tgk jelas2..

Sabtu, 14 Ogos 2010

Rezeki sebelum Ramadhan..


antara hasil yang xseberapa yang diperolehi


Syukur sbb masih lagi berpeluang taip smula citer dlm blog nie..dh teramat lama rasanya dibengkalaikan shj blog ni tanpa apa2 catitan..

ada beberapa perkara yang kena uruskan..

- cari umah sewa baru
- wat medical check up baru
- beli skit2 brg2 baru
- cari ketenangan baru (xjumpa2 lagi)

alhamdulillah kebanyakan drpd seme2 tu dh selesai tapi dah mmg lumrah kehidupan org2 kampung...nak sesuaikan diri kt kawasan bandar nie amik masa lama skit..dh biasa gi ke hutan sokmo..alih2 kena gi ke hutan batu plok..jadi xkeruan skit la hidup..

apa2 pun dpt gak curi masa skit..ada la pluang minggu yang agak lalu..dpt gi stay overnight kt pinggiran hutan sungai lembing..smbil memegang beberapa bilah senjata yang terkenal dengan panggilan joran..bila ada je ikan tarik..tersenyum je manjang...walaupun hujan lebat tapi masih happy sbb dpt 'tenang' sungguh smula..setelah lama dipekasamkan perasaan tu..sememangnya rezeki Allah ada di mana-mana..xkira lah dlm hutan ke atau kt dalam bandar...tetap ada..cuma yang dlm hutan ni nilai dier lebih fresh...dibonuskan plok dengan keindahan n kenyamanan pagi2 yang confirm xakan dpt rasa kt bandar..




masak mana yang ada shj..


p/s : sememangnya aku dh makin bulat..kena jaga nie..

Rabu, 30 Jun 2010

Pokok Mentega....

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Untuk 2,3 hari nie xde citer2 menarik yang rasa nak tulis kt cni..yg ada cuma aktiviti cam biasa je..gi keje..mancing..duk tgk langit n meniaga je...so hari nie nak citer pasal mende2 hok lain skit dr mende2 tu seme...kalau tgk tajuk..terbukti sudah hari nie nk tulis pasal pokok mentega...

Pokok mentega skrg ni dh makin jarang jumpa..pokok ni dinamakan ngn nama tu sbb buah dier bau wangiiiiiiii sgt...rasa buah dier lak..lemak2 manis + kelat2 skit..ada org hiris2 buah dier letak dalam rojak buah...dier ada nama lain..kalau ikut nama saintifik dier...cam canggih skit bunyinyerr..Diospyros blancoi...
tp nama melayu dier mentega...nama omputih dier Butter Fruit....kalau ikut oghang jawa panggil dier ngan nama timangan cam sembolo...ho ho ho...(ulang perkataan berwarna hijau nie 4 kali berturut2)....pastu nama2 samaran yang lain..bisbul, mabolo,velvet apple,buah lemak, marit dan lain2...biasalah tu..mende yang jarang org jumpa..macam2 la namanyerr org bubuh..

Tiba-tiba..nak dijadikan cerita lagi...pokok ni ada la tumbuh kt umah sbb dh kena tanam dulu..anak pokok dier pun ada tp dh xde sbb dh bg kt member yang minat nak main tanam2...hehehe..nanti mesti ada smula..insyaAllah..intro dh bukak dah..skrg nak tunjukkan empunya diri...tadaaaaaa....pokok mentega..



Tiba-tiba lagi..dengar kata pokok ni ada kt taman KLCC tu..gi la cari..kt area persalinan baju kanak-kanak kot..buahnyer merah..cam tomato..tp kulitnyerr agak kesat skit..ada bulu2 halus...atau org cakap berbulu halus..kalau kena gaya..manis sangatt...tu yang best tu..tp pokok ni kalau time dier berbuah pastu ader lak angin sepoi2 bahasa..memang wangiiii je kawsan sekitar rumah..nak2 plak kalau2 umah dekat ngn kubur...huhu..

Selasa, 15 Jun 2010

Disebalik kisah bayi berwajah ular



Oleh: Ahmad Saifuddin Amran dan Rahmat Khalil....skit je edit.

Anda pasti pernah melihat video tentang kelahiran seorang bayi yang berwajah ular di atas. Diceritakan bahawa kejadian yang pelik ini berlaku di sebuah hospital di Mekah.

Berikut saya salin semula kisahnya.

Kejadian ini benar-benar berlaku di Makkah. Seorang rakan sepejabat pergi ke Makkah menunaikan Umrah. Bertolak 10 Jun 2007 dan pulang ke Malaysia 27 Jun 2007. Ceritanya berlaku di hospital Makkah. Ibu malang ini telah mempunyai 2 orang anak perempuan dan mengandungkan anak ketiganya yang menurut kata doktor anak itu juga seorang perempuan. Memandangkan ibu itu sudah mempunyai 2 anak perempuan jadi dia teringin pula anak lelaki. Oleh kerana doktor mengatakan anak yang dikandungnya adalah perempuan, dia merasa sedih dan setiap kali orang tanyakan kandungannya lelaki ke perempuan (semasa dia mengandung) dengan berseloroh dia menjawab dia mengandungkan anak ular. Tiba hari yang ditentukan Allah untuk dia melahirkan bayi di dalam kandungannya itu, maka dia telah melahirkan anak yang menyerupai wajah ular.
Sebagai seorang yang pelajar beraliran sains dan mempelajari ilmu perubatan, amat sukar sekali bagi saya untuk mempercayai cerita-cerita yang boleh dikategorikan sebagai tahyul edisi Mastika ini.

Semestinya kita kena yakin dan percaya sesuatu yang berlaku meskipun perkara paling ajaib di dunia sekalipun pasti ada penjelasan logik dan saintifik kerana Allah tidak menjadikan dan mengatur alam ini melainkan dengan sunnah-Nya. Alhamdulillah, setelah melakukan pencarian akhirnya saya menemui punca berlaku kejadian tersebut. Dan hakikatnya kejadian di atas tiada kaitan dengan unsur-unsur mistik seperti yang digembar-gemburkan sebaliknya, ia termasuk dalam ilmu perubatan.



Harlequin type ichthyosis


Harlequin type ichthyosis (atau sinonimnya harlequin ichthyosis, ichthyosis congenita, keratosis diffusa fetalis) adalah sindrom penyakit kulit yang paling parah dan hanya berlaku pada bayi yang baru lahir. Ciri-ciri Harlequin dapat dilihat pada penebalan pada lapisan keratin kulit bayi yang membentuk sisik-sisik tebal kemerah-merahan dan berbentuk seperti berlian (diamond). Sisik tebal pada kulit bayi ini sangat membataskan pergerakan bayi malah menyukarkannya untuk bernafas dan makan. Bayi Harlequin selalunya tidak dapat bertahan untuk hidup lama. Hal ini kerana rekahan-rekahan pada kulit yang mengeras tersebut memudahkan bakteria atau bahan tercemar menembusi badan seterusnya mengakibatkan jangkitan yang membawa maut. Untuk memanjangkan hayat, bayi Harlequin perlu dimasukkan ke dalam neonatal intensive care unit dengan segera. Penyakit ini amat jarang sekali berlaku dengan kadar satu per 300 000 dan insidennya juga tidak cenderung pada mana-mana jantina atau bangsa.

Sejarah
Kelahiran pertama bayi Harlequin dicatatkan pada tahun 1750 oleh seorang Reverend Oliver Hart dari Charleston, South Carolina yang menulis dalam diarinya:
On Thursday, April ye 5, 1750, I went to see a most deplorable object of a child, born the night before of one Mary Evans in 'Chas'town. It was surprising to all who beheld it, and I scarcely know how to describe it. The skin was dry and hard and seemed to be cracked in many places, somewhat resembling the scales of a fish. The mouth was large and round and open. It had no external nose, but two holes where the nose should have been. The eyes appeared to be lumps of coagulated blood, turned out, about the bigness of a plum, ghastly to behold. It had no external ears, but holes where the ears should be. The hands and feet appeared to be swollen, were cramped up and felt quite hard. The back part of the head was much open. It made a strange kind of noise, very low, which I cannot describe. It lived about forty-eight hours and was alive when I saw it.


Punca
Kajian terkini oleh kumpulan pengkaji yang diketuai oleh Queen Mary's School of Medicine and Dentistry di London telah mengenalpasti bahawa penyakit ini disebabkan berlakunya mutasi pada gen ABCA 12. Gen ABCA 12 berfungsi menghasilkan protein yang diperlukan untuk pertumbuhan kulit yang normal. Walaupun protein yang dihasilkan itu masih belum lagi diketahui fungsi sebenarnya, namun para pengkaji percaya bahawa protein tersebut memainkan peranan penting dalam pengangkutan lipid ke bahagian paling luar kulit (epidermis). Mutasi pada gen ABCA12 mengakibatkan protein ABCA12 kehilangan fungsi dalam menghasilkan epidermis yang normal. Hal ini menghalang kulit dari mendapatkan perlindungan yang berkesan lalu menyebabkan kulit menjadi keras dan bersisik.



Diagnosis terhadap Harlequin mestilah dilaksanakan seawal 17 minggu selepas kehamilan. Tanda-tanda kelahiran Harlequin dapat dikesan apabila terdapat penghasilan keratin yang berlebihan (overproduction) dan titisan lipid yang abnormal dalam sampel cecair amniotik yang diperoleh. Ibu bapa akan diberi pilihan sama ada untuk menggugurkan kandungan fetus setelah diagnosis benar-benar disahkan. Kini, ciri-ciri umum Harlequin dapat dikenalpasti dengan bantuan alat ultrasound diikuti dengan pemeriksaan 3D ultrasound.


Rawatan
Bayi Harlequin memerlukan penjagaan yang intensif dan berterusan. Selain pengawasan yang berterusan, mata mereka perlu sentiasa dilindungi dengan ophthalmic lubricant (pelincir mata). Mereka juga memerlukan nutrien dengan cara intubation atau IV drips kerana sukar untuk memberi makan secara normal kepada mereka.


Sikap Masyarakat
Sesetengah masyarakat kita yang masih dibelenggui fahaman animisme dan khurafat gemar sekali mengaitkan kejadian-kejadian ganjil seperti ini dengan sumpahan, buatan orang, jin atau syaitan, kenan atau lainnya. Jauh sekali mereka mahu melihat perkara ini dari aspek saintifik. Lebih teruk lagi, terdapat mereka yang memanipulasikan perkara ini sebagai alat mainan untuk gurauan atau menakut-nakutkan masyarakat. Sedangkan di Barat sudahpun ditubuhkan institusi-institusi yang menyelidik penyakit ini secara khusus demi mencari punca dan penawarnya. Kita pula masih rela dibodohkan dengan kisah-kisah khayalan dan kayangan yang tidak berpijak di bumi nyata. Malah dengan membuta-tuli mempercayai hikayat-hikayat tersebut tanpa berusaha memastikan kebenaran dan kesahihannya.
Bukanlah saya menafikan "kun fayakun" Allah, akan tetapi seperti yang saya jelaskan tadi Allah sekali-kali tidak akan melanggar sunnah-Nya dalam mencipta dan mengatur alam. Segala-galanya pasti terdapat penjelasan yang logik dan saintifik. Bukankah Allah banyak menekankan kita untuk memaksimakan penggunaan akal untuk menghayati ciptaan-Nya?

Masih ada beberapa perkara yang kadangkala disalah anggap oleh umat Islam @ bangsa Melayu khasnya akan beberapa perkara kononnya 'keajaiban' cthnya gunung yang tersenyum tp yg pastinya hanya lah gambar yg diedit komputer je tp dileluasakan tanpa dicheck terlebih dulu...ikut mung la....huhu..

Selasa, 18 Mei 2010

Galeri XPDC Air Terjun Pelangi II

ingat tak yg dulu tu...ni baki2 gambor dier..pastinya tau knape lah dinamakan air terjun kt cni ngan air terjun pelangi...kan?kan?dan stiap kali xpdc yg agak big camnie..semestinya kami akan bawak kambing..utk dimakan..dan dibarbequekan..











Fishing di Pulau Ular@ Pulau Ulooorrrrr...



Assalamualaikum...

Errrmm...dah lama dh nk letak citer pasal mende nie..tp xdpt2 ltak lg smpai la ke hari ini....M.E.M.A.N.C.I.N.G.....iyer..perkataan ni agak sinonim la ngn jiwa nie..mancing ni best..dpt ikan lagi la best..dpt tgk org mabuk laut atau mabuk atas kapal pun besttt..dpt tgk org terbaring dalam 'fibre' pun besstt..jadi memancing ni memang best la..

baru2 ni buleh la peluang Allah nk bagi gi tgk kawasan laut lak..alhamdulillah dah lebih drpd 10 kali dah Allah bagi peluang gi ke laut..cuma setelah menyelesaikan urusan bersalam ngn tok kadi...maka stiap kali nk gi ke tmpt2 yg agak tenang dibuat ketika bujang xlagi sama seperti dulu..skrg dh kena dptkan 'permit'...izin daripada isteri tersayang...ye la..xkan xnak berubah lg kan lps2 nikah..kena la bg ada nmpak perubahannya...

ok..pulau ular..tmpt ni kecik je..sehari pusing..atau 30minit pusing non stop guna kaki..dh lengkap dh tawaf dier..kecik je..kawasan berbatu2..dan tidak bergunung ganang..terletak di sungai ular..kawasan penempatan org2 yg bergelar ipar kepada my brother...jadi mudah la nk ke sana bila dh tau tmpt2 sekitar...perjalanan amik masa kurang 20 minit menggunakan perahu kecik atau 'fibre'...sblm nk naik fibre tu..kiter kena naik keter atau motor nk gi ke jeti tu dalam 2 minit 59 saat dari umah ipar abg lah...tp kalau dari kuantan..perlukan masa dalam 40 minit jgk la..tapi kalau anda memandu di atas LebuhRaya Pantai Timur (LPT) dgn berkelajuan 200 dan ke atas..dgn hati2nya skali..insyaAllah xsampai pun 20 minit...atau pun xsampai2...antara dua..

ok..sebelah pulau ular tu..ada pulau yg lg kecik dr pulau ular nie,..nama dier pulau Lang...xtau la nape org letak nama dier gitu..mgkn sbb xtau nk di bin kan pada sape2..jadi..ternama lah dier sbg Pulau Ular dan Pulau Lang...

atas pulau ni best la nk mancing..kena molek..buleh wat naik ikan yg bergelar...ebek, atau kerapu...mgkn 2,3 kilo ke atas stiap sekor..banyak lagi ikan yg leh dpt kt cni tp ikan laut ni banyak sgt jenis dier..gelama gigi, ikan kacang, ikan pasir..ikan tanda...ni kalau kt pulau..kalau kt laut lak, mmg insyaAllah Allah permudahkan utk dpt dalam 10 kilo ke atas..stakat nie semuanya cmtu la..kdg2 ikan kerisi shj dh dpt dlm 20 kilo...tp yg tu kena gi ke tungkun2 atau tukun dier la..org gi ke laut nie mesti tau punyer..kita ni ngikut je..smbil2 blajar sikit2..

nanti la citer pulok..ni citer saje..kalu tnjuk ikan ok gak..apa2 pun tgk je la sekeping gambo kt atas tu yg duk atas pulau tu..air tgh pasang..laut bergelora..tp tetap besttt...tido jgk semalaman kt situ..ada org ckp tempt tu berhantu...ye la..dh tgh laut kan..tp alhamdulillah, kena caranya..dilindungi olehNya sentiasa...

Rabu, 7 April 2010

Sebuah kompeni bakal di uar-uarkan...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Alhamdulillah dan salam kesyukuran...posting kali nie lebih kepada permintaan wat member2 yang membaca..semoga didoakan segala yg terbaik buat perancangan jangka panjang yang dirancang selama nie...

insyaAllah ada rezeki..dapat dikongsi bersama..




matlamatnya nk jual barang2 berkaitan engineering..bolt and nuts...dan kemungkinan berkaitan jugak dengan Industrial & Personal Protective Equipments (PPE) berkenaan oil and Gas, Energy, Marine, Engineering and General Industry.







Isnin, 15 Mac 2010

'MASJID' terbina...

Bismillahirrahmanirrahim...



Alhamdulillah..dipanjatkan berjuta2 kemaafan dan kesyukuran kepadaNya...kerana diberi peluang untuk menulis sendiri salah satu titik ikutan sunnah Nabi Muhammad S.A.W yang telah pun berjaya disempurnakan pada tarikh 6hb Mac 2010...diakad nikahkan oleh ayah mertua sendiri..bercampur berdebor2 sbb xpernah ada pengalaman lagi....ni antara pengalaman paling berdebor yang kedua selepas time sunat/khatan/potong jambul bird dulu...hehehe..kiasan bahasa.

Sekarang ni makin bertambah tanggungjawab yang ada..keluarga pun dh ada 2..bukan satu lagi..tapi keutamaan akan tetap diberikan pada keluarga@mak ayah sendiri..sbb itu tanggungjawab anak yang bergelar lelaki...opps..lari tajuk skit - semlm baru je lepas gi mancing..hehe..skrg ni dh kena mintak 'permit' dulu...baru leh kuar..nanti kang xpasal2 sedih lak bini aku nie..kelmarin dulu..hari sabtu 13hb Mac 2010..selesai sudah majlis nyambut menantu yang diadakan di umah sendiri..
bessstttt balik umah smula..huhu...dulu, seminggu berkampung di umah kuarga mertua..bila start je bangun..terkebil2 je mata xtau nk wat apa..kalau umah sndiri nie..bese2nya duk kt kebun..gi main tanah..huahuahua...sbnrnya nk ltak gambar2 trip air terjun pelangi..dari dulu lg nk letak..tp xletak2..sbb gmbar yang nak letak nie..beserta gambar yg ada air terjunnya dan pelanginyerr skali...tapi dh kawin..jadi gambar kawin la diberi keutamaan..kang basi lak citer pasal kawin nie...yg pelangi tu nk basi pun xpe la..gambar kali nie banyak diambil sewaktu bersama dengan mertua sbb dengan keluarga sendiri..amat2 lah jarang bergambar..insyaAllah kalau ada nanti..kedua2 pic keluarga akan diletakkan skali..ye la mana la tau kot2 terlanggar atau tersepak bahu..xlah terus gaduh..leh tolak ansur sbb dh kenal.biarpun dlm gamborr je..


Isnin, 1 Mac 2010

Undangan ke Majlis Kawin...

Assalamualaikum dan selama sejahtera kepada semua skali org2 yang masih bernafas mahu pun yg telah abis pernafasan serta yang menggunakan bantuan pernafasan...

dulu2..waktu kecik2...main bola..main gambor...semenya ngn member2..pastu gi tadika..sek ren..sek men...kolej..univesti....pastu wat keje sendiri....jadi bila dh smpai masanya...yg kecik jadi beso...yg cute jadi hensem..yang kurus ada yang jadi montel...yang dulu comel skrg dh makin huduh skit2 pun ada...jadi yang bujang pun ada la yg berkahwin...

JADI..nak dijadikan jalan cerita utk tuan yang menulis ni..teringin lah nk menjemput mmber2 serta yg bukan mmber pun lg..utk dtg ke majlis kecil-kecilan..majlis kahwin kata org..ada yg sebut walimatul urus..jadi yg mana dpt dtg..dtg lah..yg xdapat datang..doakanlah..semoga perkahwinan ni kekal sampai syurga...


PANDAI-PANDAI LAH KLIK GAMBAR NIE KALAU DH MATA TU XBERAPA NK JELAS BILA TGK YE...


Selasa, 9 Februari 2010

Galeri XPDC Air Terjun Pelangi

Sebahagian daripada gambar2 yang sempat dirakam oleh jurukamera yg tidak bertauliah kami..tidak diupah khas..dan juga tidak ada sebarang kursus photography yg diikuti..at least,ada kenangan yg dibawa balik dari kawasan tersebut..haha..kuang2..







Isnin, 8 Februari 2010

XPDC Pelangi Waterfall


Alhamdulillah berkat kesungguhan dan kesabaran daripada semua pihak..xpdc ke air terjun pelangi berjaya dianjurkan oleh pihak kami, Lembing Adventure Team dengan kerjasama daripada Pertom's, Petronas Carigali Terminal Crude Oil Terengganu (TCOT), OAG Supply & Services, pomen dari Tanjung Jaya Auto serta perkakasan dari ZM Sinar.

Debaran bermula sejak daripada pertemuan yang diatur bagi menjemput kami pihak LAT untuk memberi taklimat serta berbincang berkenaan dengan perjalanan program yang dianjurkan..ye la..dh status 'kelab kampung'..hehehe..jadi agak berdebor jgk bila berdepan dengan among the biggest oil company dalam mesia nie..xpdc baru2 nie jgk berjaya memikat beberapa person drpd KASTAM dan jgk SIRIM..di samping masuk utan, sumbangan turut diberikan kepada org utan..eh silap..kepada org asli di kawasan sekitar..perjalanan ke dalam sana pun tidak la hardcore sgt..memakan masa pun sejam shj drpd bandar sg lembing..camp site di Lubuk Beruk, dan aktiviti jungle trekking ke kawasan perbukitan menuju ke air terjun pelangi..SubhanaAllah, kami sekali lagi diberikan peluang untuk merakam gambar pelangi di air terjun tu..siap duk sebelah pelangi lagi...ada sesetgh gambar menampakkan sperti pelangi tu kuar drpd pusat sorg drpd mmber2 yg ikut skali ke atas sana..

Peserta perkhemahan kali ini disajikan dgn BBQ yang mengorbankan 3 ekor kambing dan beberp ekor ayam pada malamnya..itu pun setelah kesemua peserta menyantap santapan rohani dulu yg diadakan selepas solat maghrib..semua pihak xkira bangsa..india,cina dan melayu pun turut sama mendengar tazkirah yg diberikan..sambil2 duk mkn, keje catering kt sana...dpt la dengar lolongan siamang yg betul2 dh lama xdpt didengari telinga nie..skrg ni rasa2nyer la xsemua bdk2 skrg tau cm mana bunyi siamang tu..nk dpt tgk lg la jauh skali..koman2 pun leh tgk dlm buku je..xpun dlm TV..

banyok la plok nulih..tmbah skit lg deh..dalam area kul 3 pagi..time tu kebanyakan manusia2 bergelimpangan dalam kepejaman kebijik mataan diorg..confirm hanya skit je yg sedar ada gajah 3 ekor lalu 10 meter daripada camp site..waktu tgh taip mende ni pun..rasanya masih ada yg xtau pun citer pasal gajah2 ni..ye la..kitorg senyapkan je sbb tkut masing2 panik..

Khamis, 4 Februari 2010

BENGANG DENGAN SURATKHABAR...

Assalamualaikum..

Semenjak dua menjak baca surat khabar skrg nie...rasanya dh byk kebengangan terpendam..
jadi nk xnak..mmg cari blog jgk la sbb nk luahkan ketidakpuasan hati...iklan2 ngn info2 yang kebanyakan terpapar skrg banyak yang mengumpankan model pompuan..dh la pompuan..xpakai baju yg betul2 tutup aurat..ni nk wat list skit..

1. iklan LONDON WEIGHT MANAGEMENT....dalam dier punyerr iklan tu terselit sorg minah yg pakai tudung..bagus..dier pakai tudung tutup dada skit..tp dier punyer baju nipis..smpai nmpak bhgian atas skit drpd alat nyusu dier...iklannyerr bagus sbb nk bg org kurus tp bila dh kurus dier jadi kurang ajar dalam agama..baik gemuk kalau gitu..

2. yg ni lak secara umum..kebanyakan surt kabo yg ada skrg kalau nk tnjuk2 gmbor mengaitkan isu berkenaan dgn pemain pompuan atau artis pompuan luar negara..slalu sgt letak gmbor2 yg seksi..xleh ke letak gmbo yg molek skit...xkan xde pihak yang pantau atau tegur mende2 gini..bukan nk tnjuk baik..tp dh tggjawab muslim sama ngn muslim..

3. skrg ni iklan no ekor pun dh makin besarr ruangan dier..kalau dulu cotek je ada..tu pun dh kira xbaik dh pun..tp skrg ni dh makin beso..lg la xbaik..kerajaan marah la sgt kononnya..gi tgkap org main no ekor la..itu la..ini la..lama2 jadi pencuri la sbb nk gi beli no ekor..nape xdisekat je iklan pasal keptsn no ekor tu..kalau wat gitu..nanti ada plak bg alasan org Islam je xleh..org bukan Islam xpe..kesudahannya nk dakwah Islam pun dh tersekat..sbb Islam dh diletakkan sbg no 2 dlm nk selesaikan masalah..cuba la sekat mende tu atas nama Islam..kan Islam agama rasmi dalam negara kita..????? dalam perlembagaan kita..dalam kehadharian kita...paling kurg org bukan Islam pun mesti akan ckp.."waaa..tarak buleh letak itu 4D punye result maa...org Islam sulah malah"...percaya lah..kebanyakan org bukan Islam pun xsuka dengan no ekor nie..

ada banyak lg nk tulis..akan ditulis..pasti ditulis..
sbb nk marahkan iklan tu je..jadi dh marah pada surt khbr terus..sbb dier yg bg keizinan utk letak iklan2 n info2 yg ngarut2 tu..

Khamis, 28 Januari 2010

Galeri "Trip ke Keliu's River"

Sebelum perjalanan memasuki 'kawasan highway' sungai lembing bermula..memang dh maklum lah kan..tiap2 keter mesti lah dlm keadaan baik..berkilat dan memegunkan mata-mata yang memandang...



dan tanpa banyak cakap lagi...tgk je la sebahagian drpd 23,356 keping gambar yang ada dlm laptop nie..
















Dalam seronok-seronok ikut trip nie..tipu la kalau ckp xde masalah,kan...banyak masalah yang sama2 perlu dihadapi oleh seme orang..cam wat titi..serangan ambush daripada pacat2..dan salah sebuah drpd jentera off road yg join skali berdepan ngn masalah ketidaklurusan tayar...ada bahagian yg patah dan perlu diperbaiki on the spot..



So..bila dh abis duk dalam hutan..maka bermula la semula perjalanan kembali kepada ruang ketamadunan yang ada skrg, iaitu jalan raya yang dicorakkan dengan garisan2 yang berkaler putih...keter yang berkilat2 tadi..lebih menampakkan kekilatan keter2 tersebut..