Isnin, 29 Jun 2009

Clarks...bukan Clark Kent Superman nie.....











Hmmm...

Post ni dibuat bukannyerr apa..cuma nak maklumkan pada mmber2 yang banyak mencari kasut Clark...berhati2 time cari kasut tu...sbb apa yang diperasankan kat cni..banyak kasut2 berjenama Clark dibuat daripada kulit yang amat dikenali ramai skrg nie...kulit pig...atau nama melayunyerr babi..

Jadi, kebanyakan jenis kasut Clark yang ber high cut tinggi..90% yg jumpa dibuat drpd kulit babi..
kebetulan tgh2 tgk tu...ada gok hok minat..jadi secara xsengaja..beli la jgk..tp alhamdulillah la..xde pulok di detect apa2 pun yg berkait ngn menatang tu..utk tau lbh lanjut pasal guaner bentuk kulit tu..leh tekan kt huruf2 sebelah nie..(MRSK ™)

Kesan Tapak Kaki Ku di Belanda & UK...

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..baru hari ni berpeluang nak online lama skit..sbb hari ni dpt rehatkan beberapa organ dalam tubuh ni dr bergerak rancak...Jadi leh la skit sebanyak citer pengalaman nak mari cni..bukan slalu leh dapt mari cni..jadi xkisah la kalau nk tulis beberp perkara yg xselalu dpt wat dlam blog ni..hehehe...

27hb jun baru nie...berlepas dari Cairo Airport Intl. ke Schiphol (Amstersdam) kt negara Belanda atau Holland atau Neitherland....jam 4 pagi flight menerbangkan diri...kalau xsilap, dgn kelajuan 998 km sejam rasanya..laju jgk kot..sampai kt Amsterdam dalam jam 7:30 pagi waktu Belanda..

pastu...kena cepat2 cari pintu masuk boarding room lak sbb nak trus ke Birmingham...flight gi naik langit dalam kul 8.45 pagi (waktu Belanda)...smpai kt sana lebiih kurg kul 9 pagi (waktu Birmingham).. ..sbnrnya perjalanan dari Amsterdam ke Birmingham tu sejam lebih kot...tp disebabkan GMT kawasan berbeza2...jadi la cmtu..dua2 negara ni walaupun ada matahari jelas nampak tp angin agak sejuk..ye la..jika nk bandingkan dengan mesir yang kepanasannyerr agak terjelir2..so..total bg semua jarak perjalanan 7 jam lebih2 skit cmpur letih ngn lelah yang xseberapa..pic sebelah ni gambo ais kat tingkap kapal terbang..leh tahan gok sejuk dier kt luar tgkap flight tu..sbb suhu dier -78..

Terima kasih pada penerbangan Air France KLM, ada omputih dlm flight bgtau..KLM ni sbnrnya dah nak bankrup dah tp sbb Air France beli.. ...jadi lah ok skit..service dier dalam flight pun biasa2 je..5/10 lah...yg jadi kurg tu..sbb mintk air mineral, sejam baru dapt..mgkn dier lupa kot..ye la.."omputih mudah lupa"...kos tiket gi balik LE 2995...

Selasa, 23 Jun 2009

Senaman Jari bermula semula...

...Assalamualaikum dan salam sejahtera... baru2 ni server tenet bermasalah skit, jadi berpose la internet..mujur la sibuk ngan banyak perkara2 yg kena uruskan, jadi tak la terasa sgt kehilangan internet....tapi rindu jgk la nak berchat2 ngn teman2 chat...

tarikh 27hb pun dh makin hampir...nak xnak..ttp kena berpose internet lg dalam beberp hari sbb esok atau lusa dh pun turun ke kaherah utk uruskan perkara2 yg berkaitan tp kt sbelah sana pulak...xkisah la..xde sape pun nk bacerr mende nie..tapi sajee je nak menulis..dh nama blog..hahahahampeh..

insyaAllah..mungkin akan lebih banyak menulis selepas tarikh tu tadi..mungkin sesuatu yg lebih baru.. Mungkin banyak menulis (ulang ayat tadi), mungkin jgk xakan menulis dah...Tunggggguuuu...

Selasa, 16 Jun 2009

Ke Arah Tanggal 27hb...

Dah xlama dah hari2 mendatang nk mendatangi tarikh 27hb...
ada sedikit perkara yang perlu dilakukan time tarikh tu...
semoga dipermudahkan...

Semalam abg sulung ada ajar...amalkan HasbiAllah...ulang byk2 kali..smpai kebas lidah pun lg bagus..berkat amalan tu katanya akan lebih mudah untuk dipermudahkan segala urusan olehNya...

tu yg abg sulung ajar...
ni.....yang menaip ni lak nk kgsi...lps solat subuh..baca Bismillah 23 kali....nk bacer lbh pun xpe..
berkatnye semoga rezeki di hari kita zikir tu lbh murah...rezeki ada sokmo tiap2 hari..tp bg lbh banyak rezeki yg dpt...dlm bntuk pahala ke..

lg satu...lg cantik kalau wat sblm tido tiap2 mlm...selawat atas Nabi 1000 kali..
solat tahajud jgn lupa..try wat jgn tinggal 40 hari...pastu pose sehari..n wat solat hajat..mintk la apa yg dihajati..cam nk mimpi jumpa sape2 yg kita nk jumpa..InsyaAllah..jumpa..sy yakin..
Anda bila lagi nk yakin? hehehehe....


Jumaat, 12 Jun 2009

1 Maut, 2 Cedera Parah Dalam Kemalangan

Kaherah, 11 Jun - 5 pelajar perubatan Kaherah terlibat dalam kemalangan sewaktu pulang dari Ain Sokhna selepas Maghrib malam semalam. Tujuan asal mereka ke sana untuk meninjau tempat sempena Rehlah Gen6 28 Jun ini.

Kenderaan yang dinaiki mereka diceritakan terbabas sewaktu cuba memotong sebuah lori akibat hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan dan terbalik. 3 mangsa yang berada di bahagian belakang cedera parah.

Allahyarham Muhammad Ammar b Zulkifli, meninggal dunia di tempat kejadian manakala 2 lagi cedera parah. Mangsa-mangsa dibawa ke Hospital Suez Al-Am sebelum dihantar ke Hospital Kasr El Ainy kerana kekurangan kemudahan.

Abdul Rahman b Ramdzan dilaporkan telah sedarkan diri manakala Akram Abdul Kadir masih koma. Abdul Rahman patah lengan kanan, dan Akram didapati mempunyai darah beku di bahagian otak. Kedua-dua mereka dimasukkan ke bilik pembedahan jam 8 pagi tadi.

Jenazah Ammar tiba di Hospital Zahra' Abbasiah pagi tadi untuk diuruskan. Solat jenazah akan diadakan di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah selepas Zohor nanti. Allahyarham akan dihantar pulang ke Malaysia esok pagi. Mereka yang mempunyai sebarang hutang piutang diharapkan dapat menuntut daripada waris Allahyarham dan dihalalkan segala salah dan silap.

2 lagi mangsa, Muhamad Fitri Tokiran dan Saif Jamaluddin hanya mengalami kecederaan ringan dan dibenarkan pulang. Saif masih ditahan di balai polis Suez untuk soal siasat dan akan dibenarkan pulang ke Kaherah tengah hari nanti - mediaPERUBATAN

Rabu, 10 Jun 2009

Bagi Yang Tidak Faham Unity Goverment

PELBAGAI isu panas berlegar dalam masyarakat dan rakyat, amat memerlukan kupasan serta penjelasan oleh kepimpinan PAS. Jika tidak dirungkai akan berlaku kekusutan serta terbelit dalam kefahaman sesama sendiri. Justeru, wartawan Harakah Terengganu, KHAIRUL AZLAM MOHAMAD mewawancara Presiden PAS, Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di kediamannya, di Rusila, Marang baru-baru ini bagi mendapatkan pandangan berkenaan isu-isu yang melingkungi dalam dan luar parti.

HARAKAH: Dalam agenda membentuk 'Kerajaan Perpaduan' atau 'Government Unity', adakah PAS masih optimis untuk berunding bersama Dato Seri Najib Tun Abdul Razak bagi merealisasikan hasrat tersebut?

USTAZ ABDUL HADI: Saya melihat masih ramai yang tidak faham tentang 'Unity Government' termasuk orang PAS sendiri dan di kalangan pimpinan pun ada yang masih belum faham lagi. Ini kerana, mungkin mereka sibuk, tidak berpeluang membaca buku-buku politik dan tidak membaca istilah-istilah politik.

Dalam politik ada kerajaan yang sepenuhnya, ada yang disebut'Unity Government', ada 'Coalition Government' dan ada 'Front National'. 'Front National' itulah dia Barisan Nasional (BN) yang ada pembangkang. Kerajaan campuran ini adalah antara satu parti yang memerintah dengan parti yang lain diajak sama dalam pemerintah dengan syarat-syarat yang dibuat.

Di mana kebiasaannya dia (parti) terikat, partinya terikat dengan syarat-syarat bersama dengan kerajaan dan tidak banyak perubahan dibuat. Dan PAS berpengalaman dalam dua kerajaan iaitu Kerajaan Campuran (Perikatan) dan Kerajaan Barisan Nasional. 'Unity Government' bukan Kerajaan Campuran dan bukan Barisan Nasional. Itu kena faham. Ini kerana ada orang PAS sendiri faham masuk Barisan Nasional dan kerajaan campuran semula. Ini menandakan tidak faham 'Unity Government'.

Boleh Dato' Seri jelaskan apa yang dimaksudkan dengan 'Unity Government' ini?

'Unity Government' ini adalah Kerajaan Perpaduan yang melibatkan semua parti politik dan tidak ada pembangkang langsung. Semua parti duduk dalam kerajaan dan semua parti ini ada identiti, ada syakhsiyyah, ada kepelbagaian dan dia (parti) berhak untuk membangkang di mana 'Unity Government' ini membolehkan orang dalam Umno sendiri bangkang kerajaan.

Ini kita (PAS) memecahkan tradisi yang dibuat oleh Umno yang ada pada hari ini. Di mana orang Umno tidak boleh bangkang parti dia dan kalau bangkang dia akan kena pecat. Ini termasuklah, kita membebaskan Umno itu sendiri. Ini kena faham dan dalam masa yang sama 'Unity Government' ini mestilah melakukan perubahan yang adil untuk semua rakyat. Ini termasuklah untuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), badan kehakiman, pentadbiran.

Boleh Dato' Seri kemukakan contoh-contoh apa yang dikatakan "Unity Government" yang dipakai di mana-mana?

Image

Konsepnya mesti berubah dan bukan apa yang ada pada hari ini. Sebagai contoh, di Indonesia yang saya sebut tadi. 'Unity Government' di Indonesia berlaku pemisahan kuasa dengan 'SPR' atau Pemilu di Indonesia dengan badan politik. Pemisahan kuasa dengan badan kehakiman, sehingga badan kehakiman di Indonesia boleh menyeret Suharto ke mahkamah, boleh menyeret Perdana Menteri dan Menteri-menteri ke Mahkamah jika melakukan kesalahan. Ini kita (PAS) hendak bersihkan negara.

Di Israel sebagai contoh, Perdana Menteri Israel pun boleh dibawa ke mahkamah dan disiasat. Ini 'Unity Government' dan pilihan raya di Indonesia adalah pilihan raya yang berubah. Di mana Barisan Nasional tidak ada hak memonopoli TV termasuklah semua parti boleh menggunakan TV.

Untuk bacaan selanjutnyerr..leh gi sini..

PEMBERITAHUAN...

Alhamdulillah..berkat kesabaran dan ditmbah skit rasa rajin yg ada...
terciptalah satu blog yang diharapkan dpt beri banyak info2 yang berguna di masa skrg dan akan datang...

Blog yang baru ni bertujuan untuk bg sape2 yg dh tau n xtau...hehehe..gi la tgk2 sndiri..masih dlm proses pembikinan..komen2 membina amat2 la dialukan..

Sila Klik kt susunan huruf2 nie (MRSK™) utk xplore blog tersebut....

Sekian..semoga diri kita semua mendapat berkat perlindungan serta rahmat dariNya...

Isnin, 8 Jun 2009

tak tau nk tulis tajuk apa..

Dah lama dh rasa nak kgsi info2 nie...mula2 nak taip je sndiri..
tapi bila dh banyak ngat..rasanya better kalau paste je kt cni..
lgpun cuma edit skit2..memandangkan info ni diambil dari web yang rasa2nya dh ditiadakan..

so..pada mmber2 yang membaca..jangan malu2 utk copy n paste kt mana2..
sebarkan sejauh mgkn info yang xseme org terjumpa n terbaca..
InsyaAllah dari masa ke semasa..akan ditambahkan lagi posting2 yang berkait ngn mende nie...
ni ada link yang best jgak...kitab2 hasil karangan harun yahya..

satu lagi info menarik yang perlu di amik perhatian jugak..

setiap muslim sememangnyerr mengenali siapa harun yahya..dan ada sebahagian besar pelajar meletakkan karya harun yahya di dalam paper work diorg..
tapi terdapat seorg tokoh agama (xkenal sape dier..n xtau kt mana perkara ni berlangsung n bila vid nie diterbitkan..)yang memberi amaran supaya berhati2 terhadap karangan2 harun yahya ni jugak..

Jadi untuk maklumat lebih lanjut, rasanya kita kena dptkan kepastian daripada majlis ulama Malaysia n mgkn seantero dunia.. sekurang2nya kita dapat keterangan yang paling jelas..
apa2 pun..bila ada somebody dh bg amaran..kita kena jugak la berhati2 n xleh amik mudah perkara yg diamarankan tu..kan...
karya2 harun yahya memang best dibaca.. kemgknan ada satu dua tmpt yang tersilap barangkali.. utk sape2 yg nk tgk amaran yang diberi tu..leh klik cni... jgn lupa baca komen2 org kt bawah tu...

Wallahua'alam...

MENGENAI GUNUNG-GANANG

Kali ini kami perkenalkan seorang cendikiawan yang unik. Beliau berlainan dari cendikiawan-cendikiawan yang lain. Namun, pada masa yang sama beliau mewakili sekumpulan cendikiawan-cendikiawan. Beliau ialah Profesor Siaveda, salah seorang daripada ahli kaji-bumi (lautan) dari Jepun. Beliau juga salah seorang daripada ahli sains terkemuka di dunia. Pemikiran Profesor Siaveda telah dicemari oleh banyak salah-faham dan prasangka terhadap agama-agama. Beliau memang betul dalam kritikannya tentang agama, kecuali tentang Islam, kerana Islam berlainan daripada agama-agama yang beliau bincangkan itu.

Bila bertemu dengannya, beliau berkata: "Kalian semua cendikiawan agama-agama di seluruh dunia sepatutnya menutup mulut kalian untuk selama-lamanya. Kami menjawab sambil bertanya: "Tetapi mengapa Profesor? Mengapa begitu?" Beliau menjawab: "Sebab, bilamana kalian bercakap, peperangan di kalangan manusia akan berlaku di seluruh dunia." Kami bertanya lagi: "Mengapa persatuan NATO dan ‘Warsaw Pact’ (Pakatan tentera naungan Rusia-pent) mengumpulkan banyak senjata nuklear di angkasa, lautan, daratan, dan di bawah tanah. Mengapa mereka berbuat begitu? Adakah ianya kerana agama?" Beliau tidak menjawab, kemudian kami berkata: "Kami faham sikap tuan terhadap semua agama-agama, tetapi oleh kerana tuan tidak tahu banyak perkara mengenai Islam, mungkin lebih elok jika tuan mendengar apa yang kami ingin jelaskan." Kami menyoal beliau beberapa perkara mengenai bidang yang dipakarinya. Kami juga membentangkan kepadanya beberapa ayat Al-Quran dan Hadis yang menyatakan tentang perkara-perkara yang beliau perkatakan. Salah satu daripoadanya mengenai gunung-ganang dan samada mereka dipasak teguh di bumi.

Beliau menjawab dan berkata: Perbezaan asas di antara gunung-gunung di daratan dan gunung-gunung di dalam lautan ialah tentang bahan-bahannya. Gunung-gunung di darataan terdiri daripada bahan-bahan sedimen. Manakala gunung-gunung di lautan pula terbentuk daripada batu-batu hasil kejadian gunung berapi (‘volcanic rock’). Gunung-gunung daratan terbentuk daripada kuasa pengecutan (‘compressional’), manakala gunung-gunung lautan terjadi daripada kuasa pengembangan (‘extensional’). Namun, satu perkara yang sama di antara keduanya ialah mereka mempunyai akar untuk meneguhkan gunung-ganang itu. Bagi gunung di daratan, bahannya yang agak ringan memanjang kebawah bumi sebagai akar.

Bagi gunung lautan, ada juga akarnya yang meneguhkan kedudukannya, tapi bahannya tidak begitu ringan tetapi panas, menyebabkan ianya mengembang sedikit. Tetapi dilihat dari sudut isipadu, kedua-duanya bertindak meneguhkan gunung-ganang tersebut. Oleh itu, fungsi akar-akar itu ialah untuk meneguhkan gunung-ganang seperti apa yang disebut dalam "Hukum Archimedes" ("Law of Archimedes").
Profesor Siaveda menerangkan mengenai bentuk semua gunung-ganang samada yang berada di daratan mahupun di dalam lautan- berbentuk kon (seperti 'wedge'). Adakah sesiapa di zaman Nabi Muhammad sallallahu’alaihiwasallam yang tahu mengenai bentuk gunung-ganang ini? Bolehkah seseorang diwaktu itu membayangkan bahawa sebuah gunung yang amat besar itu sebenarnya mempunyai akar yang memanjang kedalam bumi sebagaimana yang disahkan oleh ahli-ahli sains? Kebanyakan buku-buku geografi hanya menerangkan bahagian yang nampak di atas bumi sahaja apabila menerangkan mengenai gunung. Ini ialah kerana buku-buku itu tidak dikarang oleh pakar-pakar di bidang kaji-bumi. Sains moden ada menyatakannya dan Allah Subhanabhu wata’alall berfirman bermaksud:

"Dan gunung-ganang sebagai pancang pasaknya"
(Surah An-Naba’, 78: Ayat 7)

Kami bertanya Profesor Sieveda samada gunung-ganang mempunyai fungsi di dalam meneguhkan perut bumi. Beliau menjawab ianya belum ditemui dan belum disahkan oleh ahli-ahli sains. Kami membuat kajian lanjut dan telah menemui ramai ahli kaji-bumi yang memberikan jawaban yang sama, kecuali beberapa orang sahaja. Diantara mereka ialah pengarang-pengarang buku "The Earth" ("Bumi"). Buku ini dianggap sebagai rujukan asas di banyak universiti-universiti di seluruh dunia. Salah seorang dariapada pengarang-pengarangnya ialah Dr. Frank Press. Kini beliau memegang jawatan sebagai Presiden kepada Akademi Sains di Amerika Syarikat. Beliau juga pernah menjadi penasihat sains kepada bekas Presiden Amerika, Jimmy Carter. Apa yang beliau tulis di dalam buku itu? Beliau menyatakan bahawa gunung-ganang berbentuk sepeti ‘wedge’ dimana gunung itu sendiri hanyalah saebahagian daripada sebuah ‘binaan yang besar’ dimana akarnya memanjang jauh ke dalam perut bumi. Dr. Press menulis mengenai fungsi-fungsi gunung-ganang dan menyatakan bahawa mereka memainkan peranan penting dalam meneguhkan dan menetapkan perut bumi. Inilah yang diperkatakan oleh Al-Quran mengenai gunung-ganang sejak 1400 tahun dahulu.

Allah berfirman (maksud):

"Dan gunung-ganang pula dikukuhkan letaknya (di bumi, sebagai pancang pasak yang menetapnya)"
(Surah An-Naazi’aat, 79: Ayat 32)

Allah berfirman (maksud):

"Dan gunung-ganang sebagai pancang pasaknya"
(Surah An-Naba’, 78: Ayat 7)

Dan Allah berfiman juga berfirman (maksud):

"Dan Ia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapnya supaya ia tidak menghayun-hayunkan kamu..."
(Al-Quran, Surah An-Nahl, 16: Ayat 15)

Namun, persoalannya siapakah yang memaklumkan fakta ini kepada Nabi Muhammad sallallahu’alaihiwasallam? Kami menyoal Profesor Siaveda soalan ini:
"Apa pendapat tuan mengenai fakta-fakta yang tuan telah lihat di dalam Al-Quran dan Hadis yang berkaitan dengan rahsia-rahsia alam ini, yang hanya ditemui jawabannya oleh ahli-ahli sains hari ini?"
Jawaban beliau ialah:
"Saya berpendapat, ini suatu yang amat misteri, seakan-akan tidak tidak boleh difahami logiknya (‘unbelievable’). Saya benar-benar perpendapat, jika apa yang anda katakan ini suatu yang benar, kitab ini sememangnaya satu kitab yang menakjubkan, saya setuju"

Ya, apalah yang boleh dikatakan oleh seorang ahli sains. Mereka tidak boleh mengaitkan ilmu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad sallallahu’alaihiwasallam dengan sumber manusia atau dengan mana-mana kajian sains terkini, kerana semua ahli-ahli sains tidak tahu mengenai rahsia ini (Al-Quran). Selain dari itu, manusia tidak dapat menghuraikannya. Justeru mereka terpaksa mengaitkan ilmu tersebut kepada kuasa dari langit. Ya, ianya satu wahyu daripada Allah subhanahuwata’ala yang diturunkan kepada hambanya, Nabi Muhammad sallallahu’alaihiwasallam yang ummi (tidak tahu membaca mahupun menulis), yang Allah subhanahuwata’ala jadikan sebagai tanda yang akan kekal membimbing manusia hingga ke Hari Kiamat.

MAKLUMAT KAJIBUMI DI DALAM AL-QURAN

Bagaimanakah agaknya anda ingin bentangkan bukti-bukti mengenai Islam kepada mereka yang tidak memahami Bahasa Arab atau tidak tahu apa-apa tentang kehebatan isi Al-Quran? Adakah caranya hanya dengan menyuruh mereka mempelajari dan memahirkan diri dengan Bahasa Arab sahaja? Jawabannya, secara mutlak ialah ‘Tidak’. Allah Yang Maha Terpuji lagi Maha Berkuasa, telah mencucuri rahmatNya kepada mereka ini dan semua generasi manusia dengan menunjukkan bukti-bukti yang sesuai kepada manusia, tanpa mengira bangsa, bahasa, dan zamannya.

Kami sempat bertemu dengan Profesor Palmer yang merupakan salah seorang ahli kajibumi terkemuka di Amerika Syarikat. Beliau pernah mempengerusikan satu jawatankuasa yang bertanggungjawab menganjurkan Ulangtahun ke-100 Persatuan Kajibumi Amerika. Semasa bertemu beliau, kami bentangkan beberapa ayat-ayat Al-Quran dan Hadis yang mempunyai kenyataan sains. Beliau merasa amat takjub. Saya masih ingat satu kejadian dimana kami memberitahunya bahawa Al-Quran telah menyatakan bahawa kawasan yang paling rendah di Bumi ialah berdekatan Jerusalem, dimana berlakunya peperangan di antara Tentera Parsi dan Rom.

Allah Yang Maha Kuasa dan Maha Terpuji berfirman di dalam Al-Quran bermaksud:

"Alif, Laam, Miim; Orang-orang Rom telah dikalahkan- Di negeri yang dekat sekali dan mereka sesudah kekalahannya itu akan mengalahkan lawannya" (Surah Ar-Ruum, 30: Ayat 1-3)


Nota: Laman web it-is-truth.com mentafsirkan ayat diatas dengan (setelah diterjemahkan): " . . . . Orang-orang Rom telah dikalahkan- Di kawasan yang paling rendah sekali . . .".


Perkataan Arab ‘adna’ ada dua makna- ‘lebih dekat’ dan ‘paling rendah’. Para pentafsir Al-Quran, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas mereka, berpendapat perkataan ‘adnal-ard’ bermakna kawasan yang paling dekat dengan Semenanjung Arab. Walaubagaimanapun, makna kedua (‘kawasan paling rendah’) juga boleh diguna-pakai. Dengan cara ini, Al-Quran memberikan beberapa makna kepada satu perkataan, sebagaimana dinyatakan oleh sabda Nabi Muhammad sallallahu’alaihiwasallam bermaksud:

"Aku dianugerahkan perkataan-perkataan yang paling lengkap" (Al-Bukhaari dan Muslim).


Selepas membuat kajian tentang kawasan yang paling rendah di Bumi, kami mendapati ianya di kawasan yang bertepatan dengan kawasan dimana tentera Rom dikalahkan. Apabila diberitahu tentang hal itu, Profesor Palmer tidak bersetuju dan berkata bahawa ada kawasab-kawasan yang lebih rendah daripada apa yang dinyatakan oleh ayat Al-Quran itu. Beliau memberikan beberapa contoh dan nama-nama kawasan di Eropah dan Amerika Syarikat. Kami yakinkan beliau bahawa maklumat kami adalah sahih dan betul. Beliau ada sebuah ‘globe’ yang mempunyai maklumat kajian tinggi-rendah kawasan tanah Bumi. Katanya dengan ‘globe’ itu, senang untuk mencari kawasan paling rendah di dunia. Beliau memusingkan 'globe' itu dan menumpukan ke arah kawasan berdekatan Jerusalem. Apa yang mengejutkan beliau ialah terdapat anak panah di kawasan berdekatan Jerusalem itu dengan perkataan: "Kawasan paling rendah di permukaan Bumi."

Beliau mengaku, dengan bukti di 'globe'nya, bahawa kawasan berkenaanlah (berdekatan Jerusalem) tanah paling rendah di bumi.

Profesor Palmer: Peperangan itu berlaku di kawasan Laut Mati di sekitar kawasan ini dan paling menarik tanda di 'globe' yang berbunyi "titik paling rendah di dunia." Justeru, ia memang disahkan oleh perkataan yang penting itu (perkataan ‘adna’).

Profesor Palmer merasai lebih takjub lagi apabila dia mendapati Al-Quran juga membincangkan mengenai masa lampau dan mengenai bagaimana bermulanya ciptaan alam ini; bagaiman langit dan bumi diciptakan; bagaimana air keluar dari perut bumi; bagaimana gunung-ganang menjadi pasak bumi; bagaimana pohon-pohon bermula; bagaimana bumi hari ini, perbincangan gunung-ganang, fenomena alam, dan perubahan-perubahan bentuk mukabumi sebagaimana disaksikan di Semenanjung Arab. Malahan Al-Quran juga membincangkan mengenai masa depan Tanah Arab dan seluruh bumi. Ketika itulah, Profesor Palmer mengaku bahawa Al-Quran ialah satu kitab yang hebat yang membincangkan mengenai masa lampau, kini, dan akan datang.

Seperti ahli-ahli sains yang lain, pada mulanya Profesor Palmer nampak teragak-agak. Namun, kemudiannya beliau memberikan pendapatnya. Di Kaherah, beliau membentangkan kertas kajian yang mengutarakan mengenai maklumat kajibumi yang terdapat di dalam Al-Quran. Katanya, beliau tidak arif mengenai tahap ilmu sains di zaman Nabi Muhammad sallallahu’alaihiwasallam. Namun, daripada apa yang diketahui mengenai betapa sedikitnya ilmu dan peralatan ketika itu, kita boleh membuat rumusan tanpa sebarang keraguan bahawa Al-Quran ialah ilmu dari Allah subhanahuwata’ala yang diwahyukan kepada Muhammad sallallahu’alaihiwasallam. Berikut ialah rumusan Profesor Palmer:

Kita perlu mengkaji sejarah tradisi Timur Tengah (dari cerita mulut ke mulut) jika ada apa-apa kejadian sejarah itu direkodkan. Jika tiada rekod sedemikian, ianya menguatkan lagi kepercayaan kita bahwa Allah subhanahuwata’ala yang mewahyukan sedikit dari IlmuNya yang baru kini dapat kita rungkaikan rahsianya. Kita akan teruskan dialog dalam topik sains di dalam Al-Quran khasnya mengenai kajibumi. Terima Kasih.

Seperti yang anda saksikan di sini, inilah seorang ahli sains yang terkenal dalam bidang kajibumi dari Amerika Syarikat. Beliau tidak ragu-ragu untuk mengaku dan memberikan pendapatnya. Namun, beliau masih memerlukan seseorang untuk membimbingnya kearah kebenaran. Kedua-dua pihak barat dan timur menyaksikan pertelagahan di antara agama dan sains. Pertelagahan-pertelagahan ini tidak dapat dielakkan, kerana risalah-risalah ketuhanan lampau telah diputarbelitkan. Justeru, Allah subhanahuwata’ala mengahantarkan Nabi Muhammad sallallahu’alaihiwasallam dengan membawa bersama Islam untuk membetulkan kembali risalah lampaun yang telah diubah.

Mungkin ada yang akan bertanya: "Bagaimana mereka boleh menerima apa yang kita bentangkan sedangkan kita lebih lemah dari segi material dan kita tidak mengikut agama kita sepenuhnya?" Jawaban saya ialah ilmu akan menambahkan kesedaran mereka yang mencarinya. Para cendikiawan hanya berminat menkaji fakta-fakta, bukan yang lain-lain. Kehebatan Islam kini terpancar dari ilmu ini dan kemajuan sains. Sains moden perlu tunduk-patuh kepada kitab Allah dan Hadis Nabi sallallahu’alaihiwasallam.

Keadaan semulajadi, Al-Fitrah, dari mana Allah mencipta manusia tidak akan membawa manusia kepada ketenangan kecuali melalui Islam atau Iman. Mereka yang tidak beriman akan sentiasa gusar dan tidak pasti. Kebebasan di Barat membolehkan ahli sains mereka menyatakan apa yang mereka percayai tanpa rasa takut atau malu. Kita telah mendengar pendapat-pendapat mereka dalam laporan-laporan ini mengakui mukjizat di zaman ini, Al-Quran, yang akan kekal hidup sehingga Hari Kiamat.

Ahad, 7 Jun 2009

Time itu adalah Masa

Salam

skrg ni makin hari smakin sempit n terhimpit dh rasa masa yang diperuntukkan utk sesuaikan diri ngn cuaca mesir..
ada beberapa tarikh penting yang kena prepare skrg nie..
21hb...syafawi pekse...
23hb...kena turun kaherah sblm tarikh ni..
nk gi cari something nk bawak balik...
nk cari kacang cerdik beberp kilo yang termampu....
nak cari keter ngn driver lg..n macam2 lagi la..
barang2 pun masih belum di pack semenya...Ya Allah..permudahkan lah urusan hambaMu di sini..