Isnin, 8 Jun 2009

MENGENAI GUNUNG-GANANG

Kali ini kami perkenalkan seorang cendikiawan yang unik. Beliau berlainan dari cendikiawan-cendikiawan yang lain. Namun, pada masa yang sama beliau mewakili sekumpulan cendikiawan-cendikiawan. Beliau ialah Profesor Siaveda, salah seorang daripada ahli kaji-bumi (lautan) dari Jepun. Beliau juga salah seorang daripada ahli sains terkemuka di dunia. Pemikiran Profesor Siaveda telah dicemari oleh banyak salah-faham dan prasangka terhadap agama-agama. Beliau memang betul dalam kritikannya tentang agama, kecuali tentang Islam, kerana Islam berlainan daripada agama-agama yang beliau bincangkan itu.

Bila bertemu dengannya, beliau berkata: "Kalian semua cendikiawan agama-agama di seluruh dunia sepatutnya menutup mulut kalian untuk selama-lamanya. Kami menjawab sambil bertanya: "Tetapi mengapa Profesor? Mengapa begitu?" Beliau menjawab: "Sebab, bilamana kalian bercakap, peperangan di kalangan manusia akan berlaku di seluruh dunia." Kami bertanya lagi: "Mengapa persatuan NATO dan ‘Warsaw Pact’ (Pakatan tentera naungan Rusia-pent) mengumpulkan banyak senjata nuklear di angkasa, lautan, daratan, dan di bawah tanah. Mengapa mereka berbuat begitu? Adakah ianya kerana agama?" Beliau tidak menjawab, kemudian kami berkata: "Kami faham sikap tuan terhadap semua agama-agama, tetapi oleh kerana tuan tidak tahu banyak perkara mengenai Islam, mungkin lebih elok jika tuan mendengar apa yang kami ingin jelaskan." Kami menyoal beliau beberapa perkara mengenai bidang yang dipakarinya. Kami juga membentangkan kepadanya beberapa ayat Al-Quran dan Hadis yang menyatakan tentang perkara-perkara yang beliau perkatakan. Salah satu daripoadanya mengenai gunung-ganang dan samada mereka dipasak teguh di bumi.

Beliau menjawab dan berkata: Perbezaan asas di antara gunung-gunung di daratan dan gunung-gunung di dalam lautan ialah tentang bahan-bahannya. Gunung-gunung di darataan terdiri daripada bahan-bahan sedimen. Manakala gunung-gunung di lautan pula terbentuk daripada batu-batu hasil kejadian gunung berapi (‘volcanic rock’). Gunung-gunung daratan terbentuk daripada kuasa pengecutan (‘compressional’), manakala gunung-gunung lautan terjadi daripada kuasa pengembangan (‘extensional’). Namun, satu perkara yang sama di antara keduanya ialah mereka mempunyai akar untuk meneguhkan gunung-ganang itu. Bagi gunung di daratan, bahannya yang agak ringan memanjang kebawah bumi sebagai akar.

Bagi gunung lautan, ada juga akarnya yang meneguhkan kedudukannya, tapi bahannya tidak begitu ringan tetapi panas, menyebabkan ianya mengembang sedikit. Tetapi dilihat dari sudut isipadu, kedua-duanya bertindak meneguhkan gunung-ganang tersebut. Oleh itu, fungsi akar-akar itu ialah untuk meneguhkan gunung-ganang seperti apa yang disebut dalam "Hukum Archimedes" ("Law of Archimedes").
Profesor Siaveda menerangkan mengenai bentuk semua gunung-ganang samada yang berada di daratan mahupun di dalam lautan- berbentuk kon (seperti 'wedge'). Adakah sesiapa di zaman Nabi Muhammad sallallahu’alaihiwasallam yang tahu mengenai bentuk gunung-ganang ini? Bolehkah seseorang diwaktu itu membayangkan bahawa sebuah gunung yang amat besar itu sebenarnya mempunyai akar yang memanjang kedalam bumi sebagaimana yang disahkan oleh ahli-ahli sains? Kebanyakan buku-buku geografi hanya menerangkan bahagian yang nampak di atas bumi sahaja apabila menerangkan mengenai gunung. Ini ialah kerana buku-buku itu tidak dikarang oleh pakar-pakar di bidang kaji-bumi. Sains moden ada menyatakannya dan Allah Subhanabhu wata’alall berfirman bermaksud:

"Dan gunung-ganang sebagai pancang pasaknya"
(Surah An-Naba’, 78: Ayat 7)

Kami bertanya Profesor Sieveda samada gunung-ganang mempunyai fungsi di dalam meneguhkan perut bumi. Beliau menjawab ianya belum ditemui dan belum disahkan oleh ahli-ahli sains. Kami membuat kajian lanjut dan telah menemui ramai ahli kaji-bumi yang memberikan jawaban yang sama, kecuali beberapa orang sahaja. Diantara mereka ialah pengarang-pengarang buku "The Earth" ("Bumi"). Buku ini dianggap sebagai rujukan asas di banyak universiti-universiti di seluruh dunia. Salah seorang dariapada pengarang-pengarangnya ialah Dr. Frank Press. Kini beliau memegang jawatan sebagai Presiden kepada Akademi Sains di Amerika Syarikat. Beliau juga pernah menjadi penasihat sains kepada bekas Presiden Amerika, Jimmy Carter. Apa yang beliau tulis di dalam buku itu? Beliau menyatakan bahawa gunung-ganang berbentuk sepeti ‘wedge’ dimana gunung itu sendiri hanyalah saebahagian daripada sebuah ‘binaan yang besar’ dimana akarnya memanjang jauh ke dalam perut bumi. Dr. Press menulis mengenai fungsi-fungsi gunung-ganang dan menyatakan bahawa mereka memainkan peranan penting dalam meneguhkan dan menetapkan perut bumi. Inilah yang diperkatakan oleh Al-Quran mengenai gunung-ganang sejak 1400 tahun dahulu.

Allah berfirman (maksud):

"Dan gunung-ganang pula dikukuhkan letaknya (di bumi, sebagai pancang pasak yang menetapnya)"
(Surah An-Naazi’aat, 79: Ayat 32)

Allah berfirman (maksud):

"Dan gunung-ganang sebagai pancang pasaknya"
(Surah An-Naba’, 78: Ayat 7)

Dan Allah berfiman juga berfirman (maksud):

"Dan Ia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapnya supaya ia tidak menghayun-hayunkan kamu..."
(Al-Quran, Surah An-Nahl, 16: Ayat 15)

Namun, persoalannya siapakah yang memaklumkan fakta ini kepada Nabi Muhammad sallallahu’alaihiwasallam? Kami menyoal Profesor Siaveda soalan ini:
"Apa pendapat tuan mengenai fakta-fakta yang tuan telah lihat di dalam Al-Quran dan Hadis yang berkaitan dengan rahsia-rahsia alam ini, yang hanya ditemui jawabannya oleh ahli-ahli sains hari ini?"
Jawaban beliau ialah:
"Saya berpendapat, ini suatu yang amat misteri, seakan-akan tidak tidak boleh difahami logiknya (‘unbelievable’). Saya benar-benar perpendapat, jika apa yang anda katakan ini suatu yang benar, kitab ini sememangnaya satu kitab yang menakjubkan, saya setuju"

Ya, apalah yang boleh dikatakan oleh seorang ahli sains. Mereka tidak boleh mengaitkan ilmu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad sallallahu’alaihiwasallam dengan sumber manusia atau dengan mana-mana kajian sains terkini, kerana semua ahli-ahli sains tidak tahu mengenai rahsia ini (Al-Quran). Selain dari itu, manusia tidak dapat menghuraikannya. Justeru mereka terpaksa mengaitkan ilmu tersebut kepada kuasa dari langit. Ya, ianya satu wahyu daripada Allah subhanahuwata’ala yang diturunkan kepada hambanya, Nabi Muhammad sallallahu’alaihiwasallam yang ummi (tidak tahu membaca mahupun menulis), yang Allah subhanahuwata’ala jadikan sebagai tanda yang akan kekal membimbing manusia hingga ke Hari Kiamat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan