Isnin, 8 Jun 2009

MAKLUMAT KAJIBUMI DI DALAM AL-QURAN

Bagaimanakah agaknya anda ingin bentangkan bukti-bukti mengenai Islam kepada mereka yang tidak memahami Bahasa Arab atau tidak tahu apa-apa tentang kehebatan isi Al-Quran? Adakah caranya hanya dengan menyuruh mereka mempelajari dan memahirkan diri dengan Bahasa Arab sahaja? Jawabannya, secara mutlak ialah ‘Tidak’. Allah Yang Maha Terpuji lagi Maha Berkuasa, telah mencucuri rahmatNya kepada mereka ini dan semua generasi manusia dengan menunjukkan bukti-bukti yang sesuai kepada manusia, tanpa mengira bangsa, bahasa, dan zamannya.

Kami sempat bertemu dengan Profesor Palmer yang merupakan salah seorang ahli kajibumi terkemuka di Amerika Syarikat. Beliau pernah mempengerusikan satu jawatankuasa yang bertanggungjawab menganjurkan Ulangtahun ke-100 Persatuan Kajibumi Amerika. Semasa bertemu beliau, kami bentangkan beberapa ayat-ayat Al-Quran dan Hadis yang mempunyai kenyataan sains. Beliau merasa amat takjub. Saya masih ingat satu kejadian dimana kami memberitahunya bahawa Al-Quran telah menyatakan bahawa kawasan yang paling rendah di Bumi ialah berdekatan Jerusalem, dimana berlakunya peperangan di antara Tentera Parsi dan Rom.

Allah Yang Maha Kuasa dan Maha Terpuji berfirman di dalam Al-Quran bermaksud:

"Alif, Laam, Miim; Orang-orang Rom telah dikalahkan- Di negeri yang dekat sekali dan mereka sesudah kekalahannya itu akan mengalahkan lawannya" (Surah Ar-Ruum, 30: Ayat 1-3)


Nota: Laman web it-is-truth.com mentafsirkan ayat diatas dengan (setelah diterjemahkan): " . . . . Orang-orang Rom telah dikalahkan- Di kawasan yang paling rendah sekali . . .".


Perkataan Arab ‘adna’ ada dua makna- ‘lebih dekat’ dan ‘paling rendah’. Para pentafsir Al-Quran, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas mereka, berpendapat perkataan ‘adnal-ard’ bermakna kawasan yang paling dekat dengan Semenanjung Arab. Walaubagaimanapun, makna kedua (‘kawasan paling rendah’) juga boleh diguna-pakai. Dengan cara ini, Al-Quran memberikan beberapa makna kepada satu perkataan, sebagaimana dinyatakan oleh sabda Nabi Muhammad sallallahu’alaihiwasallam bermaksud:

"Aku dianugerahkan perkataan-perkataan yang paling lengkap" (Al-Bukhaari dan Muslim).


Selepas membuat kajian tentang kawasan yang paling rendah di Bumi, kami mendapati ianya di kawasan yang bertepatan dengan kawasan dimana tentera Rom dikalahkan. Apabila diberitahu tentang hal itu, Profesor Palmer tidak bersetuju dan berkata bahawa ada kawasab-kawasan yang lebih rendah daripada apa yang dinyatakan oleh ayat Al-Quran itu. Beliau memberikan beberapa contoh dan nama-nama kawasan di Eropah dan Amerika Syarikat. Kami yakinkan beliau bahawa maklumat kami adalah sahih dan betul. Beliau ada sebuah ‘globe’ yang mempunyai maklumat kajian tinggi-rendah kawasan tanah Bumi. Katanya dengan ‘globe’ itu, senang untuk mencari kawasan paling rendah di dunia. Beliau memusingkan 'globe' itu dan menumpukan ke arah kawasan berdekatan Jerusalem. Apa yang mengejutkan beliau ialah terdapat anak panah di kawasan berdekatan Jerusalem itu dengan perkataan: "Kawasan paling rendah di permukaan Bumi."

Beliau mengaku, dengan bukti di 'globe'nya, bahawa kawasan berkenaanlah (berdekatan Jerusalem) tanah paling rendah di bumi.

Profesor Palmer: Peperangan itu berlaku di kawasan Laut Mati di sekitar kawasan ini dan paling menarik tanda di 'globe' yang berbunyi "titik paling rendah di dunia." Justeru, ia memang disahkan oleh perkataan yang penting itu (perkataan ‘adna’).

Profesor Palmer merasai lebih takjub lagi apabila dia mendapati Al-Quran juga membincangkan mengenai masa lampau dan mengenai bagaimana bermulanya ciptaan alam ini; bagaiman langit dan bumi diciptakan; bagaimana air keluar dari perut bumi; bagaimana gunung-ganang menjadi pasak bumi; bagaimana pohon-pohon bermula; bagaimana bumi hari ini, perbincangan gunung-ganang, fenomena alam, dan perubahan-perubahan bentuk mukabumi sebagaimana disaksikan di Semenanjung Arab. Malahan Al-Quran juga membincangkan mengenai masa depan Tanah Arab dan seluruh bumi. Ketika itulah, Profesor Palmer mengaku bahawa Al-Quran ialah satu kitab yang hebat yang membincangkan mengenai masa lampau, kini, dan akan datang.

Seperti ahli-ahli sains yang lain, pada mulanya Profesor Palmer nampak teragak-agak. Namun, kemudiannya beliau memberikan pendapatnya. Di Kaherah, beliau membentangkan kertas kajian yang mengutarakan mengenai maklumat kajibumi yang terdapat di dalam Al-Quran. Katanya, beliau tidak arif mengenai tahap ilmu sains di zaman Nabi Muhammad sallallahu’alaihiwasallam. Namun, daripada apa yang diketahui mengenai betapa sedikitnya ilmu dan peralatan ketika itu, kita boleh membuat rumusan tanpa sebarang keraguan bahawa Al-Quran ialah ilmu dari Allah subhanahuwata’ala yang diwahyukan kepada Muhammad sallallahu’alaihiwasallam. Berikut ialah rumusan Profesor Palmer:

Kita perlu mengkaji sejarah tradisi Timur Tengah (dari cerita mulut ke mulut) jika ada apa-apa kejadian sejarah itu direkodkan. Jika tiada rekod sedemikian, ianya menguatkan lagi kepercayaan kita bahwa Allah subhanahuwata’ala yang mewahyukan sedikit dari IlmuNya yang baru kini dapat kita rungkaikan rahsianya. Kita akan teruskan dialog dalam topik sains di dalam Al-Quran khasnya mengenai kajibumi. Terima Kasih.

Seperti yang anda saksikan di sini, inilah seorang ahli sains yang terkenal dalam bidang kajibumi dari Amerika Syarikat. Beliau tidak ragu-ragu untuk mengaku dan memberikan pendapatnya. Namun, beliau masih memerlukan seseorang untuk membimbingnya kearah kebenaran. Kedua-dua pihak barat dan timur menyaksikan pertelagahan di antara agama dan sains. Pertelagahan-pertelagahan ini tidak dapat dielakkan, kerana risalah-risalah ketuhanan lampau telah diputarbelitkan. Justeru, Allah subhanahuwata’ala mengahantarkan Nabi Muhammad sallallahu’alaihiwasallam dengan membawa bersama Islam untuk membetulkan kembali risalah lampaun yang telah diubah.

Mungkin ada yang akan bertanya: "Bagaimana mereka boleh menerima apa yang kita bentangkan sedangkan kita lebih lemah dari segi material dan kita tidak mengikut agama kita sepenuhnya?" Jawaban saya ialah ilmu akan menambahkan kesedaran mereka yang mencarinya. Para cendikiawan hanya berminat menkaji fakta-fakta, bukan yang lain-lain. Kehebatan Islam kini terpancar dari ilmu ini dan kemajuan sains. Sains moden perlu tunduk-patuh kepada kitab Allah dan Hadis Nabi sallallahu’alaihiwasallam.

Keadaan semulajadi, Al-Fitrah, dari mana Allah mencipta manusia tidak akan membawa manusia kepada ketenangan kecuali melalui Islam atau Iman. Mereka yang tidak beriman akan sentiasa gusar dan tidak pasti. Kebebasan di Barat membolehkan ahli sains mereka menyatakan apa yang mereka percayai tanpa rasa takut atau malu. Kita telah mendengar pendapat-pendapat mereka dalam laporan-laporan ini mengakui mukjizat di zaman ini, Al-Quran, yang akan kekal hidup sehingga Hari Kiamat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan