Selasa, 28 April 2009

FIRST TOUCH


27hb April...kebetulan ulangtahun hari kuar tgk dunia...jadi gatal lak tgn nak try wat blog...dok tau nk tulis mende..jadi cari info je la...pastu copy paste....ni koleksi citer2 yang xberapa nak lawak...baca je la sbg mukaddimah...

Bismillah molek dulu.....

Dalam hujan lebat, malam gelap gulita, jalan tak berapa nampak, aku cari jalan mudah follow kereta depan, tiba-tiba kereta tu emergency brake, aku sondol belakang keretanya. Aku turun dalam hujan lebat dan marah pemandu tu kerana berhenti mengejut, tapi dia nampak hairan kerana aku marah dia dalam garaj kereta rumah dia.


*****

Dua ekor anjing telah terperangkap di sebuah pulau dan ingin berenang menuju ke seberang. Untuk sampai ke seberang ia memerlukan stamina cukup. Anjing A training habis-habisan, anjing B relaks je. Tiba masanya kedua-duanya pun menyeberang dan anjing B sampai awal daripada anjing A, sempat makan lagi. Anjing A pun tak puas hati, tapi anjing B kata, "Rileks la, aku ni kan anjing laut."


*****

Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat. Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah. "Atok buat apa tu?" "Atok bagi surat kat kawan atok" jawap atoknya. Cucunya bertanya lagi "apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong
merah tu?"


*****

Seorang makcik nak beli tembikai merah, penjual menjamin tembikai yang dijualnya berwarna merah, tetapi bila tembikai tersebut berada di tangan makcik, tiba-tiba terlepas, jatuh dan berwarna sedikit keputihan, takut dipanggil penipu, penjual berkata "Eh! tadi merah, pasal jatuh tu la, dia takut jadi pucat dan putih." Makcik tu pun baling tembikai tu kat muka penjual tu.


*****

Sebuah helikopter yang membawa seorang juruterbang beserta 2 orang kenamaan jatuh terhempas. Juruterbang itu terselamat tetapi al-Fatihah buat 2 orang kenamaan itu. Apabila sedar dari koma, juruterbang itu disoalsiasat oleh polis, "Cuba ceritakan apa yang terjadi untuk memudahkan siasatan." "Mmm... entahlah tapi pada ketinggian 30,000 meter tiba-tiba saya rasa sejuk sangat. Jadi, saya matikanlah kipas Helikopter tu..."


*****

Ramli menyewa sebuah pejabat yg cantik beserta perabot antik. Sedang dia duduk sendirian, tiba2 dtg seorang lelaki. Utk menunjukkan kesibukannnya, Ramli mengangkat telefon berkata2 berseorangan seolah2 sedang berbincang tentang sesuatu projek besar. Setelah beberapa minit bercakap, dia memandang lelaki tadi yg masih tercegat di depannya. "Boleh saya tolong?"tanya Ramli. "Encik! Saya datang nak pasang telefon" kata lelaki tersebut sambil tersengih.


*****

Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia bertanya: "Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh saya membaca macam org lain???"Dah tentu," jawab doktor. "Oh gembiranya. Dah lama saya buta huruf.akhirnya boleh juga saya membaca."kata lelaki itu dengan riang.


*****

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan. Polis: Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum? Penjaga: Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok. Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir. Polis: Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum? Penjaga: Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan