Isnin, 4 Mei 2009

THE BEGINING.....



Hari ni dh mula rasa panas2 dah cuaca kat area damanhur..kalau kat kaherah..dah rasa seblum ni lagi...damanhur ni bandar yang lbh kecil berbanding kaherah atau tanta...tapi kat cni ada suasana kampung dan jgk suasana bandar..pic sebelah ni pic kt umah penulis sepanjang tinggal di bekas tanah jajahan Firaun ni...atas skit tu..ada kawasan ladang gandum..padi..dan beberapa lagi tumbuhan cam makanan himar(keldai)...gargil(ulam arab)..

Kebiasaan musim panas nie...lebih mudah nak kena batuk2...mungkin disebabkan perubahan cuaca panas kering..kadang-kadang...ada peluang leh dapat pengalaman duduk dalam ribut pasir..dulu pernah sekali, sbb penulis xsempat lari..maka berdebu2 la smpai ke kepala..pakai lak baju kaler hitam, maka debu2 tersebut jelas kelihatan..hehehe... kita yang xde bulu mata cam unta..ala yang cam maskara(betul ke ejaan cmnie??)..xleh lah nk bukak mata time tu..walaupun baju penuh diselaputi pasir2 n debu2 halus..perasaan suka tu tetap ada..dapat alami salah satu daripada kejadian alam yang Allah ciptakan..tapi rasanya cukup la sekali meletakkan diri di tengah2 keributan kepasiran tersebut..yang kali2 yang lain..nak tgk dari jauh je..xpun nak tgk org lain lak yang kena..hahaha...

Menyebut tentang ribut pasir nie..salah satu daripada kejadian sejarah yang berlaku ketika perang Rasulullah S.A.W. bukan pada zaman kita..dan juga perang di Iraq..yang berlaku di zaman kita..semoga langkah kita sentiasa disertai sekali dengan berkat dan juga rahmat daripada Allah s.w.t.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan